Apakah maksud sifat dua puluh ?
Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib,
didalam mentafsir kaedah mengenal Diri sendiri melalui ilmu makrifat.
Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia' terdahulu, bagi
tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal Diri Sendiri. Barang siapa mempelajari
sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta faham akan maksud dan makna yang
tersirat, InsyaAllah secara tidak langsung ia akan dapat mengenal diri dan mengenal Allah swt jua dengan nyata dan terang.
Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah pembelajaran yang telah didedahkan melalui
kitab, melalui pondok, melalui sekolah dan tidak kurang pula melalui guru-guru
agama.
Semua itu bertujuan bagi mencari jalan, mencari cara dan mencari kaedah
untuk mengenal diri dan mengenal Allah tuhan yang kita ibadahkan. Diantara banyak-banyak cara dan diantara banyak-banyak
kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi mengenal diri dan mengenal Allah swt adalah dengan
mempelajari sifat 20.
Allah tidak akan dapat dikenal melalui mata zahir, ianya dapat dikenal
melalui mata hati dengan mempelajari sifat-sifatnya. Tidak ada jalan, tidak ada
cara dan tidak ada kaedah lain untuk mengenal Allah, melainkan melalui ilmu
mengenal sifat-sifatNya. Hanya melalui sifat-sifatNya sahaja yang membolehkan
kita mengenal Allah Ta'ala. Andaikata adanya jalan lain, selain dari kaedah
itu, ternyata ianya adalah dusta yang teramat besar.
ADAKAH ALLAH LAYAK UNTUK DISIFAT-SIFATKAN ?
Sebelum sifat 20 diperjelaskan, suka dingatkan disini bahawa, Allah
sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan.
Seandainya Allah bersifat bererti Allah itu boleh di kualiti dan boleh
dikuantitikan. Sedangkan Allah tidak berbilang, tidak berkualiti dan tidak
berkuantiti. Maha suci Allah dari sifat berbilang-bilang yang menyerupai sifat
makhloknya. Allah tidak boleh dipersifatkan.
Allah itu sangat tinggi, sangat jauh, lebih tinggi dan lebih jauh dari
kedudukanNya. Hingga tidak sampi akal untuk mengkajiNya. Allah tidak terhad dan
Allah tidak terbatas, sedangkan akal kita amat terhad dan amat terbatas. Allah
tidak ada awal, dan tidak ada akhirnya. Tidak mungkin tercapai oleh akal untuk
menjangkaunya.
Mana mungkin Allah bersifat, Allah adalah suatu zat yang bukan Ain ( bukan
benda ). Allah bukan barang, dan Allah bukan sesuatu. Allah adalah perkara yang
tidak boleh disifatkan. Sifat yang disifatkan dan sifat yang dinyatakan itu
adalah semata-mata thamsil, semata-mata misalan, semata-mata usul, semata-mata
perumpamaan dan semata-mata sekadar contoh bagi mempermudahkan faham
APAKAH ASAS SIFAT 20 ?
Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara ;
1). Zat. ( roh )
2). Sifat. ( rupa )
3). Afa'al ( perangai-perbuatan )
4. Asma' ( nama )
APAKAH SIFAT YANG 20 ITU ?
1. Ujud = Ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat = kuasa
8. Irodat = menghendaki
9. Ilmu = mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama' = mendengar
12. Basor = melihat
13. Kalam = berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami'un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Muutakallimun = maha berkata-kata
20 sifat itu terbahagi kepada berapa bahagian ?
20 sifat-sifat terbahagi kepada 4 bahagian.
1. Bahagian sifat Nafsiah
2. Bahagian sifat ma'ani
3. Bahagian sifat ma'nawiah
4. Bahagian sifat salbiah
SIFAT NAFSIAH
Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah ?
Sifat yang terkandung didalam nafsiah itu, hanya satu iaitu sifat wujud.
Wujud yang membawa maksud ada. Adanya Allah itu, meliputi segala yang zahir
mahupun yang batin.
Apakah maksud sifat nafsiah (menolak) ?
Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan keujudan yang lain selain Allah.
Hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud.
Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat,
afa'al dan asma'Nya. Zat Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu
adalah juga merupakan zatNya. Zat dengan sifat Allah itu adalah ujud yang
terpisah, berpisah, bercerai dan ujud yang tidak berasingan.
Keujudan zat dengan keujudan sifat Allah itu, adalah esa (satu juga pada
hakikatnya). Seumpama sifat ilmu dengan sifat kalam Allah. Apabila sifatnya
bersifat mendengar (sama'), bererti zatnya juga, bersifat berpendengaran
(sami'un). Apabila Allah bersifat melihat (basor), bererti zatNya bersifat
berpenglihatan (basirun). Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya
bersifat kekuasaan (kodirun). Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang
lain.
Sifat Allah itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup).
Apabila kita melihat pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. Bergoyangnya
pokok, adalah bagi menandakan bergoyangnya angin. Sifat bergoyang itu
sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu sebenarnya adalah sifat angin.
Walau bagaimana pun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok itu, adalah satu
sifat yang sama. Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Pokok tidak
boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh
angin. Begitulah juga sifat Allah dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.
Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20. Apabila ianya dirujuk
kepada diri. Barulah kita dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya.
Seandainya sifat 20 itu, tidak dirujuk kepada diri, selama itulah kita tidak
akan dapat mengenal dan melihat Allah. Dalam memahami sifat nafsiah (nafi)
iaitu sifat menafikan, menidakkan, atau sifat menolak. Kita dikehendaki menidakkan
sifat-sifat yang lain selain Allah. Kita dikehendaki menidakkan kewujudan sifat
alam dan sifat diri kita sendiri. Menidakkan sifat diri kita, supaya ianya
menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa). Cara untuk menidakkan sifat diri
kita dan untuk mewujudkan sifat Allah itu, adalah dengan cara, menyerah atau
membinasakan diri kepada Allah.
Bilamana sifat telinga telah dipulangkan, ianya akan disambut dengan sifat
pendengaran Allah. Bilamana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat
penglihatan Allah. Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu Allah. Selagi
sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita, sudah pasti kita tidak akan
dapat melihat Allah melalui pandangan dan penglihatanNya.
Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada Allah, akan bertukar menjadi
sifat basor Allah, barulah sifat penglihatan basirun Allah itu, boleh melalui
sifat mata kita. Bermaknanya disini bahawa, sifat mata yang ada pada kita
sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima penglihatan Allah
melaluinya, melainkan sifat mata makhlok telah binasa dan bertukar kepada sifat
wajah Allah.
Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan
Allah yang maha tinggi. Sifat makhlok tidak layak untuk menanggong sifat Allah,
melainkan sifat kita itu ditukar milik, supaya menjadi milik Allah, setelah
melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan penyerahan hak milik)
kepada Allah. Apabila sudah menjadi milik Allah, barulah mata kita itu, dapat
melihat melalui penglihatan Allah. Apabila mata kita itu telah menjadi milik
Allah, barulah sifat basirun (penglihatan) Allah itu dapat terpancar melalui
mata kita.
Apabila penglihatan Allah sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya
sifat mata akan binasa. Mata makhlok akan hangus terbakar, binasa dan lenyap
lantaran dipenuhi oleh cahaya Allah. Cahaya penglihatan Allah itu sendiri, yang
membinasakan sifat mata kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menanggung sifat
Allah. Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat penglihatan Allah.
Selagi mata masih bersifat makhlok atau masih menjadi sebahagian dari
anggota diri kita, selagi itulah wajah Allah tidak boleh mengambil tempat.
Selagi sifat Allah tidak dapat mengambil tempat, selagi itulah, kita tidak akan
dapat mengenal dan melihat Allah melaluinya. Inilah konsep nafsiah, iaitu
konsep menidakkan sifat makhlok supaya dapat menjadikan semuanya bersifat wajah
Allah. Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana' dan leburkan diri kita ke
dalam cahaya Allah, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran Allah,
jadilah mata kita itu, penglihatan Allah dan sebagainya.
Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan Allah. Begitu juga
dengan sifat-sifat yang lain, ianya merupakan pakaian dan persalinan Allah.
Sifat kita selaku makhlok, tidak layak untuk memakai yang menjadi persalinan
Allah. Seandainya kita terpakai persalinan Allah, cepat-cepatlah bertaubat.
Apabila Allah bersifat basor, Allah juga bersifat basirun. Apabila Allah
bersifat qudrat, Allah juga bersifat Qodirun dan sebagainya. Oleh yang demikian
bagi yang telah sampi kepada mskam (tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat
itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu, adalah juga yang dilihat,
yang disembah itu, adalah yang menyembah dan yang menyembah itu, adalah juga
yang disembah. Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam
dalam zuk cahaya wajah Allah. Walaupun Allah itu bersifat dengan 20 sifat,
namun semua 20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam zatNya. Walaupun sifat
Allah itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.
Yang menjadikan sifat Allah itu berbilang-bilang adalah dikeranakan
khayalan fikiran dan lemahnya sangkaan akal manusia. Sedangkan pada dasar dan
pada hakikatnya, kesemua sifat Allah itu adaslah satu (esa), tidak
berbilang-bilang.
Mempelajari, memahami serta mengetahui sifat nafsiah bertujuan memberi
peringatan kepada kita bahawa, tidak ada yang berbentuk, melainkan yang
berbentuk itu adalah bentuk bagi Allah dan tidak ada yang bersifat, melainkan
yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah. Tidak ada yang berupa melainkan yang
berupa itu adalah rupa bagi Allah.
Di dalam memahami sifat nafsiah, kita dikehendaki menafikan, mematikan,
melenyapkan, menghilangkan dan membinasakan semua sifat-sifat yang lain selain
dari sifat Allah. Di peringkat pengajian ilmu sifat nafsiah, kita dikehendaki
melihat bahawa hanya Allah sahaja yang ada, ujud, wujud dan maujud. Keujudan
makhlok alam pada peringkat ini belum lagi boleh diletak dalam gambaran fikiran
dan belum lagi boleh dibayangkan dalam ciptaan khayalan akal. Yang ada dan yang
ujud pada peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah Allah semata-mata.
Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar kits tentang kewujudan Allah
secara mutlak dan secara "wujudiah". (wujud yang meliputi), meliputi
sekslian alam, meliputi sekalian makhlok dan meliputi sekalian diri kita. Sifat
nafsiah dalam wujudiah itu adalah membawa makna keujudan Allah secara mutlak,
secara bersendirian, secara keesaanNya, tanpa adanya lagi yang lain selain
Allah. Seumpama bukan pokok yang bergoyang tetapi yang bergoyang itu adalah
angin. Walaupun kita nampak yang bergoyang itu pokok, didalam kefahaman
pengajian ilmu makrifah yang bergoyang itu bukan lagi pokok, sesungguhnya yang
bergoyang itu adalah sifat angin. Inilah kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran
makrifat.
Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam sifat 20 kita jangan lupa untuk
menghubungkaitkan dengan kalimah syahadah. Pelajaran sifat nafsiah dalam sifat
20, bukan sekadar bertujuan untuk dihafal. Pelajara sifat nafsiah itu selain
bertujuan untuk mengenal sifat Allah melalui sifat 20, ianya juga adalah
bertujuan bagi mentafsir kalimah syahdah. Sifat nafsiah itu, adalah satu kaedah
kiasan sahaja. Tujuan sebenar kiasan sifat nafsiah itu, adalah disasarkan
kepada tafsiran dan pemahaman kalimah syahdah.
Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak atau diterjemahkan pada tafsiran
syahadah, ia berada pada kedudukan kalimah "LAA" (iaitu kalimah
nafi). Kalimah nafi adalah kalimah menolak yang lain selain Allah, membinasakan
yang lain selain Allah. Kuwujudan sifat-sifat yang lain itu, seumpama bayang
cahaya. Apabila hilang cahaya maka hilanglah bayang.
Apabila kita dapat memahami dan menghayati pengertian isi ilmu nafsiah
dalam sifat 20 dengan penuh penghayatan, ianya membuatkan ucapan syahdah kita,
benar-benar diterima Allah.
Bagaimana cara ucapan syahdah yang penuh makna ! Adapun ucapan syahdah yang
penuh makna itu, adalah dengan melafazkan ungkapan kalimah "Laa"
dengan menghilangkan dan membinasakan sifat-sifat yang lain, selain Allah.
Sehingga tidak ada lagi keujudan bulan, bintang, alam, dunia dan keujudan
kehidupan diri, melainkan Allahlah yang ujud, wujud dan maujud, pada sekalian
wajah alam.
Ucapan perkataan "Laa" adalah tahap ucapan yang tidak ada lagi
sesiapa. Tidak ada apa-apa dikiri, dikanan, diatas, dan tidak apa-apa lagi
dibawah kita, melainkan semasa melafazkan kalimah "Laa" kita
dikehendaki mengisi keyakinan hati dan mengisi kepercaysan akal, bahawa tidak
ada yang lain lagi pada keujudan alam ini, melainkan sekalian yang ada ini,
adalah wajah Allah (yang meliputi segalanya). Itulah diantara tujuan kita
mempelajari sifat nafsiah ( sifat 20 )
APAKAH BENTUK SIFAT NAFSIAH ?
Sifat nafsiah adalaj berbentuk "PERKHABARAN", sifat yang hanya
ada pada zat Allah dan tidak memberi bekas kepada alam, sifat nafsiah itu, tidak
pula boleh dikualiti dan tidak boleh dikuantitikan. Adanya Allah adalah ada
yang mutlak, ada yang tidak dikeranakan oleh suatu kerana yang lain.
Sifat nafsiah adalah sifat yang mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu
ada, adanya Allah itu melalui perkhabaran yang tidak dapat dipegang atau dirasa
dengan tangan, tidak dapat dizahirkan untuk dilihat. Perkhabaran adalah perkara
yang tidak boleh disifatkan, tidak boleh dikualiti atau dikuantitikan. Ia hanya
boleh dirasa dan diyakini oleh hati tanpa usul
SIFAT MA'ANI
Apakah maksud sifat ma'ani ?
Pengertian sifat ma'ani adalah membawa maksud "PERGANTUNGAN".
Ma'ani adalah sifat yang menumpang kepada sifat lain, seumpama sifat hidup yang
bergantung kepada sifat haiyun, seumpama sifat basor, yang bergantung kepada
sifat basiron dan sebagainya. Sifat ma'ani adalah sifat yang bergantunh kepada
sifat maknawiyah. Tanpa maknawiyah sifat ma'ani tidak berfungsi. Berfungsinya
sifat ma'ani adalah dengan kerana limpahan rahmat dari sifat maknawiyah ( kuasa
Allah ). Sifat ma'ani itu, bergantung dan menumpang sifat maknawitah.
Sifat Apakah Yang Terkandung DI Dalam Ma'ani ?
Sifat yang terkandung di dalam sifat ma'ani ada 7 perkara:-
1. Hayat. = hidup
2. Qudrat. = kuasa
3. Irodat. = berkehendak
4. Ilmu =. Mengetahui
5. Sama'. = mendengar
6, basot. = melihat
7. Qalam = berkata-kata
Apakah Bentuk Sifat Ma'ani ?
Bentuk sifat ma'ani itu, adalah sifat yang boleh dilihat dan boleh
digambarkan oleh akal. Ianya juga merupakan sifat yang terzahit (tergambar)
pada fikiran dan terbayang pada khayalan. Seumpama sifat hayat (hidup), ianya
terbaayang kepada sifat nyawa, sifat melihat, terbayang pada sifat mata dan
pendengaran, terbayang kepada sifat telinga. Kita boleh bayangkan sifat ma'ani,
melalui pendengaran, penglihatan dan sebagainya.
Sifat ma'ani bukan sahaja terzahir pada khabar tetapi terzahir juga pada
kenyataan, ertinya maujud pada khayalan fikiran dan maujud juga pada kenyataan
sebenar. Ujud sifat ma'ani itu, adalah dikeranakan dengan sesuatu, kerana yang
lain. Tanpa kerana sifat yang lain, sifat ma'ani tidak boleh wujud dan tidak
boleh zahir. Wujudnya sifat ma'ani adalah dikeranakan menumpang sifat
maknawiyah.
Bagaimana Menterjemah Sifat Ma'ani Pada Diri Kita ?
Sifat ma'ani Allah Ta'ala yang jelas terzahir pada diri kita ada 7.
1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata
Ada dengan terang dan jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita.
Tujuan dizahirkan sifatNya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan
dan sebagai iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah
melaluinya. Allah bukan ain (bukan benda) yang boleh dikenal melalui bentuk
hitam dan putih. Allah menzahirkan sifat-sifatnya ke atas diri kita adalah
bertujuan supaya dijadikan "Tempat memandang sifat-sifatnya" kepada
mereka-mereka yang berpandangan jauh.
Tetapi ramai yang masih tidak memerhatikannya. Sifat hidup, sifat
mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat dan sifat
berkata-kata yang dipakai Allah atas diri kita, adalah menjadi tanda
kebesaranNya atas diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya. Sifat-sifat
tersebut bukannya sifat peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah
hak kepunyaan mutlak Allah Ta'ala.
Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah
kita sedar dan insaf akan hal itu. Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik
Allah dan kepunyaan Allah swt yang sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan
yang empunya, sementara hayat masih dikandung badan. Penzahiran sifat ma'ani
(angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang berupa pakaian
sementara, yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang empunya.
Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.
Maha seci Allah dari ibarat dan misal. Segala misalan atau segala
perumpamaan yang dinukilkan itu, hanya sekadar mempermudahkan faham. Sifat
ma'ani itu, adalah seumpama bayang-bayang, manakala Allah Ta'ala itu, adalah
seumpama tuan yang empunya bayang.
Firman Allah :-
25.Surah Al-Furqān (Verse 45)
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ
رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا
الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا
Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? -
bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika
Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak
berubah)!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan
bayang-bayang itu;
Maksud hadis:-
"Allah Jadikan Manusia dalam bayangNya"
Maksud bayang itu, adalah merujuk kepada makhlok dan diri kita. Bayang
(diri) sebenarnya tidak mempunyai apa-apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat
yang menumpang dari yang empunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak
daripada yang empunya bayang. Berdirinya bayang adalah dengan berdirinya tuan
yang empunya bayang (Allah). Mustahil bayang itu boleh berdiri dengan sendiri
tanpa kuasa dari yang empunya bayang (Allah). Bayang dengan yang empunya bayang
itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.
Diri kita dengan wajah Allah itu, adalah seumpama ujud bayang dengan yang
empunya bayang atau seumpama bayangan wajah dipermukaan cermin. Sifat ma'ani
itu tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah.
Hubungan antara sifat ma'ani dengan sifat maknawiah itu, adalah seumpama
hubungan antara bayang dengan yang empunya bayang, Contohnya seumpama sifat
mata dengan penglihatan, sifat telinga dengan pendengaran dan sifat mulut
dengan yang berkata-kata. Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak
boleh bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan sifat
ma'ani dengan sifat ma'anawiyah itu, bercantum tidak bercerai tiada.
Maksud hadis :-
"Tiada bercerai antara nafi dan isbat, dan siapa-siapa ceraikan antara
keduanya maka ora g itu kafir adanya"
Bayang bukan cahaya tapi tidak lain dari cahaya. Cahaya bukan matahari tapi
tidak lain dari matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara Allah dengan
diri kita. Dari itu marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa
sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang harus kita
serah kembali kepada yang empunya.
Tujuan mempelajari sifat ma'ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa
sebenarnya diri kita ini tidak ada, tidak wujud dan terjadi. Yang wujud, yang
ada dan yang terjadi adalah hanya semata-mata Allah, seumpama sifat bayang,
terzahirnya bayang itu, adalah bagi tujuan menampakkan dan menyatan sifat yang
empunya bayang itu sendiri.
Di dalam keghairahan membicarakan soal sifat ma'ani, harus diingat bahawa
Allah tidak bertempat. Allah tidak menjelma keatas jasad. Allah tidak bertempat
di dalam atau di luar badan, Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan,
Allah bukan kesatuan, Allah bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad
kita. Orang-orang yang mengaku bahawa Allah menjelma di dalam jasad dan tidak
kurang pula ada yang mengaku Tuhan dan sebagainya. Sesungguhnya mereka-mereka
itu, adalah tergolong dikalangan mereka-mereka yang sesat dan sejahil-jahil
manusia.
Allah tidak ada dalam diri kita, tetapi kitalah yang ada dalam Allah. Bukan
kita mengandungi Allah, tetapi Allahlah yang mengandungi kita. Bukan kita yang
meliputi Allah, tetapi Allahlah yang meliputi kita. Kesemua sifat yang kita
miliki ini adalah milik Allah, sifat yang ada pada diri kita akan hancur,
binasa dan hilang lenyap, sifat yang kekal dan yang abadi itu, hanyalah Allah
swt.
Firman Allah :-
28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada
Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.
BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh ?
Sifat ma'ani adalah wajah Allah yang terzahir melalui sifat dan rupa paras
roh, melalui sifat mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya.
Sebagaimana rupa dan paras roh, sebegitulah wajah ma'ani Allah, kerana rohlah
sifat ma'ani Allah. Untuk melihat sifat ma'ani Allah lihatlah pada wajah dan
sifat rupa paras diri kita sendiri. Hubungan roh dengan sifat ma'ani itu,
seumpama sifat mata pada roh, penglihatan bagi Allah, telinga pada roh,
pendengaran bagi Allah dan begitulah seterusnya.
Apakah Hubungannya Sifat Ma'ani Dengan Kalimah Syahdah?
Tujuan kita mempelajari dan mendalami ilmu ma'ani itu, adalah untuk membawa
kepada pemahaman kalimah syahadah. Tujuan nafsiah membawa pengertian kepada
lalimah "Laa" adalah kslimah bagi menafikan kewujudan sifat makhlok.
Manakala sifat ma'ani kalimah "Ila ha" pula, bermaksud mengadakan
atau mengiakan dan mengambil balik segala apa yang kita telah tolak dalam
kalimah "Laa". Jika dalam kalimah "Laa" kita tolak semua
sifat makhlok, manakala dalam kalimak "Ila ha" pula, ianya kita
adakan semula. Walaupun sifatnya diadakannya kembali, ianya adalah sekadar
sifat yang menumpang.
Jika dalam kalumah "Laa" kita mengaku bahawa tidak ada lain,
selain Allah, manakala dalam kalimah "Ila ha" pula kita mengaku
bahawa Allah telah menzahirkan makhloknya melalui 7 sifatNya, seumpama sifat
hidup, kuasa, berkehendak, mengetahui, mendengar, melihat dan sifat
berkata-kata. Walau bagaimana pun 7 sifat tersebut diatas hanya sekadar sifat
menumpang. Seumpama sifat sama' menumpang sifat sami'un, sifat basor menumpang
sifat basirun dan begitulah seterusnya.
Untuk dihubung kaitkan dengan kalimah syahdah, kita hendaklah melihat sifat
mata yang kita miliki, tidak berguna, tanpa penglihatan Allah, telinga kita
tidak akan bermakna tanpa pendengaran Allah, mulut tidak bererti tanpa
berkata-kata Allah, hidung tidak berguna tanpa hidup Allah, akal tidak bererti
jika tanpa ilmu Allah, anggota tidak bermakna tanpa kuasa Allah. Segala-galanya
yang ada pada kita bergantung dan menumpang sifat Allah.
Semasa melafazkan kalimah "Ila ha" dalam bersyahadah, kita
dikehendaki mengingati diri kita bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita
bawa ini, tidak boleh berdiri sendiri, hanyalah sekadar sifat yang menumpang
dan bergantung kepada sifat Allah. Diri kita tidak memiliki apa-apa. Kita tidak
akan dapat melihat tanpa basirun Allah dan kita tidak akan dapat mendengar
tanpa samiun Allah. Dari kesedaran dan keinsafan itu, membawa hati kita kepada
suatu perasaan kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan perasaan fakir
dihadapan Allah. Inilah tujuan kita mempelajari sifat ma'ani.
Diri kita ini sesungguhnya yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibubapa,
anak-isteri, kaum-keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya miskin itu, adala
hak Allah ta'ala, yang boleh diambilnya balik pada bila-bila masa. Yang kita
miliki ini, adalah semata-mata hak kepunyaan Allah. Ditangan Allahlah diri
kita, segala kekuatan, kecantikan, kekayaan dan kegagahan yang selama ini kita
megah-megahkan itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan Allah. Dengan kefahaman
bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati dan menumpang. Seumpama sifat
mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota, menumpang wajah
kebesaran Allah. Yang hendahnya dikembalikan semula sifat itu kepada Allah.
Anggaplah diri kita ini, sudah mati, binasa, hilang dan lenyap dalam wajah
Allah. Yang kita miliki ini, semuanya adalah hak Allah Ta'ala belaka. Hendaklah
kita serah kembali kepada Allah. Kembalikan sifat-sifat tersebut kepada Allah.
Jadikanlah diri kita ini seumpama fakir, muflis, hina, mati, binasa dan hilang
dalam kekuasaan Allah. Inilah diantara hikmah dan diantara intipati mempelajari
sifat ma'ani dalam sifat 20.
Bagaimana Mengenal Allah Melalui Sifat Ma'ani ?
Peranan sifat ma'ani hanya sekadar menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma'ani
berperanan sekadar sifat menumpang. Seumpama basor, hanya menumpang kepada
sifat basirun. Telinga menumpang sifat sama', manakala sama' pula menumpang
sifat samiun. Lidah menumpang sifat kalam, manakala kalam pula menumpang sifat
mutakallimun. Sifat ma'ani adalah sifat menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan
Allahh).
Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada
pada diri kita ini, semuanya kepunyaan Allah. Kita ada mata, tatapi Allah yang
memiliki sifat penglihatan. Kita ada telinga tetapi Allah yang memiliki sifat
pendengaran. Kita ada mulut tetapi Allah yang memiliki sifat berkata-kata.
Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita ini adalah kepunyaan
Allah.
Sifat ma'ani bertujuan supaya sifat Allah dapat dilihat melalui
pancaindera, pada roh dan pada diri kita sendiri. Allah berilmu manakala diri
pula bersifat mengetahui melalui akal. Allah berkudrat, manakala diri pula
bersifat berkuasa melalui pancaindera. Allah berirodat, manakala diri pula
bersifat berkehendak ( dapat berkeinginan melalalui rasa ). Allah bersifat
sama' manakala diri pula bersifat mendengar melalui telinga. Allah bersifat
basor manakala diri pula bersifat melihat melalui mata. Allah bersifat kalam,
manakala diri pula bersifat berkata-kata melalui lidah.
Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang
kita miliki ini, adalah kepunyaan Allah, diri kita ini, hanya sekadar menumpang
sifat Allah. Apabila kita faham sifat ma'ani, dengan sendirinya membawa diti
kita pulang kepangkuan Allah dengan tangan kosong, dengan menyerahkan segala
sifat kepada Allah. Bahawasanya diri kita ini, sebenar nya adalah kepunyaan dan
milik Allah sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang kita pakai dan yang ada pada
kita ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).
Setelah kita sedar, bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman
dan menumpang sifat Allah, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada
Allah. Jangan sekali-kali cuba memakai pakaian Allah, walaupun secara percuma
atau secara pinjaman, kerana kita tahu bahawa pakaian Allah itu, amat tidak
layak untuk dipakai oleh kita. Kita tidak layak memakai pakaian Allah dan kita
tidak sajak untuk menerima pijaman Allah. Pakaian Allah itu, Allahlah
pemiliknya, Allahlah yang layak memakainya. Sebenarnya kita ini, tidak punya
apa-apa pakaian atau persalinan. Kita ini adalah ibarat tangan kosong. Yang
menjadi milik dan kepunyaan kita bukan pakaian atau persalinan, yang menjadi
mikik dan kepunyaan kita yang mutlak, adalah Allah itu sendiri.
Inilah konsep yang hendak diketengahkan dan yang hendak diterapkan melalui
sifat ma'ani. Konsep serta kefahaman inilah yang benar-benar perlu kita fahami.
Cuba fahami dan hayati betul-betul sifat ma'ani yang tujuh itu, apabila kita
telah kasyaf dalam menghayati sifat ma'ani, di sinilah membawanya lebur dan
terbakarnya sifat diri yang palsu dan yang menumpang ini.
Bagi mereka-mereka yang mengenal Allah, apabila dia cuba untuk memakai
sifat Allah. maka hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat
jasadnya. Mereka tidak sekali-kali berani memakai sifat pakaian Allah. Pakaian
Allah itu ada tujuh iaitu seumpama sifat hidup, ilmu, kudrat, irodat, samak,
basor dan kalam, manakala pakaian kita juga tujuh isitu seumpama
1. Pakaian sifat mati (binasa)
2. Pakaian sifat bodoh dungu
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidak berupaya.
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak
5. Pakaisn sifat pekak dan tuli.
6. Pakaian sifat buta
7. Pakaian sifat bisu.
Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka
yang mengenal diri dan yang mengenal Allah swt. Mereka ini beranggapan dan
beriktikat bahawa, diri serta jasad mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan
binasa. Mereka tidak lagi berakal tidak lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi
berkemahuan, tidak berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan dan tidak lagi
bersuara,diri da. Jasad mereka sudah fana', sudah baqo' dan karam dalam wajah Allah
swt.
Diri mereka tidak ubah seumpama manyat yang hidup. Mereka tidak memakai
pakaian Allah, mereka tidak meminjam pakaian Allah, mereka tidak mengambil
persalinan Allah, mereka tidak memakai apa-apa yang menjadi haq Allah. Tidak
layak bagi mereka untuk menerima apa-apa yang menjadi milik Allah. Bagi mereka,
segala-galanya adalah dari Allah, kepada Allah dan berserta Allah. Baiklah
didalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata, dalam penglihatan,
pendengaran, berkeinginan Dan sebagainya, semuanya milik Allah
Bukan sifat mata yang mereka pandang, tetapi penglihatan Allah, bukan sifat
telinga menjadi tumpuan, tetapi pendengaran Allah, bukan mulut menjadi
keinginan, yang menjadi keinginan mereka ialah suara (kata-kata) Allah Allah.
Yang berkeinginan dan berkehendak itu, adalah Allah swt. Yang berkuasa dan
berilmu itu adalah Allah. Inilah kaedah pegangan iktikad orang makrifat, dalam
menterjemah sifat ma'ani. Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada Allah.
Tujuan sifat ma'ani diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah
untuk membawa kita kepada suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki
dan yang ada pada diri kita ini, sebenarnya adalah milik Allah. Setelah kita
sedar yang segala-gala sifat itu menjadi milik Allah, hendaklah kita
kembalikannya semula kepada Allah. Seandainya yang menjadi milik Allah itu
telah kita serahkan semula kepada Allah, semasa hayat masih dikandung badan dan
semasa masih berada didalam dunia, apabila kita pulang kerahmatullah kelak
(setelah kita mati nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perli ditanya, perlu
dihisab dan perlu dipersoalkan oleh Malaikat Mungkar Dan Nakir.
Perkara yang membuat kita ditanya dan disoal itu, adalah kerana hutang
sifat kita semasa di dunia masih belum dijelaskan, mereka yang belum
melangsaikan pinjaman dan yang belum mengembalikan hak Allah semasa hayat masih
ada dan semasa masih hidup didunia, hutang sifat yang kita pinjam dari Allah,
hendaklah dikembalikan semula kepada Allah. Jika ianya dilangsaikan semasa di
dunia, tidaklah ada lagi sial jawab dari Mungkar dan Nakir didalam kubur.
Apa lagi yang Allah hendak tuntut, apa lagi yang Allah hendak tagih dari
kita, jika semuanya telah dikembalikan dan diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati
kita telah kita serahkan kepada Allah, jasad zahir dan batin telah dikembalikan
kepada Allah. Apa lagi yang hendak Allah dakwa!, apa lagi yang hendak Allah
tuntut !, yang hendak Allah dakwa dan tuntut itu, bagi mereka-mereka yang
kembali kepangkuannya dengan tidak menjelaskan hutang sifat dan tidak
mengembalikan hakNya. HakNya diambil pakai, diambil guna, tapi tidak pandai
untuk memulangkan dan tidak pula pandai mengembalikannya semula kepada Allah.
Jika semuanya telah dikembalikan kepada yang empunya, nescaya tidak ada
lagi, tuntut menuntut, dakwa-dakwi dan tidak lagi ada soal jawab kubur, malah
dipintu surgalah kita disambut oleh Allah swt.
Inilah tujuan pengajaran sifat ma'ani diperkenalkan. Ini adalah tujuan
sifat ma'ani diketengahkan untuk di ambil tahu oleh sekalian kita. Dengan
mempelajari sifat ma'ani, akan membawa kita tahu untuk membezakan, yang mana
hak kita dan yang mana hak Allah swt. Perhatikan sekali lagi perkara ma'ani dan
hendaknya kita hayati dan tilik dengan mata hati yang kasyaf.
Selagi hayat masih dikandung jasad, kita di kehendaki mengembalikan hak
kepada yang berhak, nantinya bila tiba di alam akhirat kelak, kita akan
mendapat layanan dan sambutan yang istimewa dari penguasa langit, lain dari
yang lain. Kita akan ditempatkan bersama orang yang sempurna lagi terpuji. Roh
orang-orang sebeginilah di namakan roh mutmainnah, roh yang diterima Allah.
Tempat kita itu, adalah disisi Allah, bukannya disisi tanah yang mengandungi
ulat dan cacing.
Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa
disertai air sembahyang, roh yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahdah.
Inilah roh mereka-mereka yang mati sebelum mati dan roh mereka-mereka yang
mengenal diri semasa didunia. Inilah yang dikatakan roh yang mengenal tuannya.
Tuan yang empunya roh itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah swt yang satu
lagi esa. Inilah penjelasan dan kupasan tentang kefahaman ilmu mengenal Allah
(makrifat) melalui pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20, yang bukan sahaja
setakat tahu makna tetapi hendaklah dihayati dengan isi disebaliknya.
SIFAT MAKNAWIYAH.
Apakah maksud sifat maknawiyah?
Pengertian sifat maknawiyah itu, membawa maksud sifat kekuasaan Allah,
menjadi tempat pergantungan segala rupa (sifat), nama (asma'), berperangai
(fe'el) dan pergantungan segala berzat (roh) krpadanya. Maknawiyah adalah
tempat bergantungnya sifat ma'ani. Contohnya, bergantungnya sifat mendengar
kepada pendengaran Allah, bergantung sifat melihat kepada penglihatan Allah dan
begitulah seterusnya. Seumpama sifat cahaya (ma'ani) yang bergantung harap
kepada sifat matahari (maknawiyah).
Begitu jugalah hubungan di antara sifat maknawiyah dengan sifat ma'ani,
sebagaimana sifat ma'ani, sebegitulah rupanya sifat maknawiyah. Sebagaimana
ciptaan, sedemikianlah penciptanya. Sebagaimana hasil, sedemikianlah acuannya.
Sebagaimana yang awal sedemikianlah akhirnya, semuanya itu, adalah satu dari
segi zatnya, cuma berbeza pada panggilan nama. Sifat Allah dengan hasil
nukilannya seumpama bercerai tidak bersatu tiada. Pencipta (zat) dan ciptaan
(sifatnya) adalah satu. Sifat bukan zat tetapi tidak lain dari zat. Sifat
ma'ani dengan sifat maknawiyah, seumpama wajah orang yang menilik, dengan
bayangan wajah di dalam cermin. Sifat maknawiyah bermaksud adalah bagi
menggambarkan kekuasaan Allah. Sifat bagi menggambarkan akan kehebatan
kekuasaannya.
Sebagaimana kuasanya Allah itu, sebegitulah besarnya Dia. Walau bagaimana
besar dan kuasanya Allah itu, tidak bermakna tanpa ciptaannya (makluk
kejadiannya). Tanpa kejadian alam dan tanpa penzahiran makhlok, segala
kehebatan, kekuasaannya, dan segala kehebatan kebesaranNya tidak akan dapat
diterjemah dan diperzahirkan untuk dilihat makhlukNya.
Kekuasaan Allah di dalam sifat maknawiyah, diterjemah melalui sifat ma'ani,
manakala sifat ma'ani pula, diterjemah melakui pancaindera kita. Kejadian dan
penzahiran sifat makhloknya yang bersifat ma'ani. Allah yang bersifat dengan
segala keperkasaan pengetahuanNya, ianya tidak membawa apa-apa makna, tanpa
diterjemahkan melalui diri kita ( sifat makhlok ).
Sifat kepandaian yang ada pada kita itu, sebenarnya ilmu Allah, dengan itu,
walau setinggi manapun darjat kepandaian kita, kita tetap selaku hamba disisi
Allah. Oleh itu janganlah kita bersifat sombong dan angkoh bila berada dan
berjalan dibumi Allah. Dengan sifat mata yang cantik, wajah yang ayu, kuasa
yang besar dan kekayaan yang menimbun, jangan pula menjauhkan dari mengingati
Allah. Ingatlah segala sifat yang ada pada kita itu adalah wajah bagi Allah.
Hendaknya kita itu, bersifat rendah diri, pemalu, tidak sombong, murah hati dan
bersifat sopan santun di dalam menzahirkan sifat Allah atas diri kita. Jangan
bakhil atau kedekut dengan harta yang Allah hamburkan melalui kita,
rajin-rajinlah bersedekah dan bantu membantu kepada orang yang memerlukan,
samada dalam bentuk wang ringgit, mahupun tenaga dari anggota zahir. Semua
sifat itu, bukannya untuk menggambarkan kebaikan atau kebesaran diri kita,
tetapi bagi menzahirkan sifat kekeasaan Allah Ta'ala.
Maksud diperkenalkan ilmu sifat maknawiyah, adalah bertujuan supaya kita
dapat memati, membinasa, dan mengembalikan sifat anggota jasad. Seumpamanya
dengan membinasakan sifat mata, dengan sendirinya akan membinasakan pula sifat
meluhat. Setelah kedua-dua sifat mata dan sifat melihat (basor) telah dapat
dibinasakan (dikembalikan) kepada Allah, dengan sendirinya sifat basirun Allah
(sifat yang memberi pengkihatan) akan dapat kita lihat.
Setelah ketiga-tiga sifat pancaindera, sifat ma'ani dan sifat maknawiyah
dapat kita serahkan semula kepada Allah. Disitulah nantinya, kita akan dapat
melihat, bahawa diri kita telah lebur, disitulah, kita akan dapat menatap dan
memandang bahawa, semua yang ada itu, adalah wajah Allah. Tidak sempurna ilmu
maknawiyah jika kita tidak mengembalikan ketiga-tiga sifat tersebut, jangan
pula kita kembalikan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Seandainya dikembalikan sifat penglihatan sedangkan sifat mata tidak
dikembalikan, ini tidak membawa makna dan konsep maknawiyah. Maknawiyah bukan
sahaja sifat yang terletak pada kita, tetapi juga terletak pada sekalian
makhlok alam seluruhnya. Termasuklah alam haiwan, alam bukit bukau, alam jin
dan seluruhnya seisi alam.
Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Maknawiyah ?
7 Sifat maknawiyah yang terkandung didalam sifat 20
1. Haiyun = Yang hidup
2. Alimun = Yang tahu
3. Muridun = Yang berkehendak
4. Qodirun = Yang berkuasa
5. Samiun = Yang mendengar
6. Basirun = Yang melihat
7. Mutakallimun = Yang berkata-kata.
Apakah Bentuk Sifat Maknawiah ?
Sifat maknawiyah (sifat kekuasaan Allah Ta'ala), hanya ujud pada zat Allah,
tidak memberi bekas kepada alam. Maknawiyah tidak boleh dikualiti atau
dikuantiti. Maknawiyah adalah suatu sifat yang menggambarkan ketinggian,
kebesaran dan kekuasaan Allah. Sifat kebesaran Allah itu tidak boleh
diterjemahkan kepada penglihatan. Seumpama Allah bersifat tinggi atau besar
setinggi dan sebesar mana Allah itu, tidak dapat dizahirkan melalui kuantiti
penglihatan atau jangkauan akal. Tujuh sifat maknawiyah adalah tempat
bergantung tujuh sifat ma'ani. Maknawiyah menanggung dan mendukungi sifat
ma'ani. Sifat maknawiyah adalah tempat tumpang dan pergantungan sifat ma'ani.
Apakah Peranan Sifat Maknawiyah ?
Tujuan sifat maknawiyah dijadikan dan diciptakan Allah itu, adalah
bertujuan untuk menzahirkan, mempernampak dan untuk memperlihatkan sifat
kekuasaannya atas makhlok. Hendaknya dengan ciptaan sifat maknawiyah itu,
makhlok akan dapat mengenal Allah melalui tujuh sifat kekuasaanNya.
Rupa alam ini, adalah merupakan bekas, bayang atau wajah Allah. Oleh itu
bagi sesiapa yang berhajat untuk mengenal Allah, maka lihatlah alam dan jangan
lupa untuk melihat pula kepada diri sendiri. Diri kita ini hanya bersifat
ma'ani (tetamu) yang menumpang sifat maknawiyah Allah. Sifat maknawiyah Allah
yang ternyata atas diri kita itu, adalah seumpama rumah, manakala sifat ma'ani
pula seumpama tetamu. Diri kita ini, merupakan tetamu yang menumpang rumah
Allah (ma'ani menumpang sifat maknawiyah). Sifat tuan itu hanya ada pada Allah
dan bukan pada diri kita, kita hanya selaku hamba (tetamu).
Oleh itu kita jangan sekali-kali bersifat angkoh. Jangan anggkoh sesama
manusia, apa lagi kepada Allah, kerana semua sifat yang ada pada kita itu
adalah sifat menumpang, jadi sedarlah diri itu sikit. Selaku menumpang, buatlah
cara menumpang, jangan pula tinggi kadok dari junjung. Untuk mengatakan alam
ini merupakan Allah, sudah tentu kurang manis pada pandangan syara' dan tidak
layak pada hukum, mana mungkin sifat Allah untuk disamakan dengan sifat
makhlok, tetapi menurut pengajian ilmu makrifat dalam mentafsir sifat 20, telah
mengisyaratkan bahawa, segala sifat yang bersifat itu, sebenarnya adalah sifat
bagi Allah, segala nama yang bernama itu, adalah nama bagi Allah, segala
perangai atau gerak geri yang bergerak itu, adalah gerak Allah dan segala zat
yang berzat itu, adalah zat bagi Allah. Menurut kacamata ilmu makrifat, alam
ini sudah binasa, sudah hilang ghaib dalam wajah Allah. Yang ada (yang wujud)
hanyalah Allah. Jikalau pun ada yang bersifat wujud selain dari Allah, itu cuma
sekadar bayangan nama dari hayalan akal.
Sifat Allah itu termasuk segala-galanya, yang batin mahupun yang zahir,
termasuk sifat yang dulu mahupun sifat yang sekarang. Awal itu adalah Allah,
maka akhir pun juga adalah Allah. Tinggal lagi cara mana kita memahami sifat 20
dan cara mana kita mentafsir sifat maknawiyah dan sifat ma'ani keatas diri
kita. Ianya bergantung kepada cara mana kita meletakkan diri dalam wajah Allah
dan cara mana wajah Allah itu, terletak pada diri kita. Bagi yang pandai
meletakkan sesuai pada tempatnya disitu kita akan dapat melihat dan mengenal
Allah melaluinya. Ianya saling berkaitan antara satu sifat dengan sifat yang
lain. Alam mendukung dan mengandungi sifat ma'ani, manakala ma'ani pula didukungi
dan dikandungi oleh sifat maknawiyah.
Maknawiyah pula didukung oleh sifat salbiah, manakala sifat salbiah pula
mendukung kesemua sifat. Sifat ma'ani dan sifat maknawiyah (sifat menumpang dan
sifat yang ditumpangi) adalah menumpang pula sifat salbiah Allah (sifat
kebesaran dan kesempurnaan Allah)
Tujuan sifat maknawiyah dicipta adalah, bagi menyedarkan diri-diri kita
semua, bahawa hidup ini, adalah kerana ada Yang Maha Menghidupkan, psndainya
kita ini, adalah kerena adanya Yang Maha berilmu, kuasanya kita ini adalah
kerana adanya Yang Maha Berkuasa, kemahuan kita ini adalah kerana ada Yang Maha
Berkehendak. Makhlok tidak boleh hidup tanpa yang empunya hidup, makhlok tidak
berfikiran tanpa yang empunya ilmu, makhlok tidak berupaya dan tidak
berkemahuan, jika tidak dengan keupayaan dan kemahuan Allah swt.
Apakah Hubungan Sifat Ma'ani dan Maknawiyah Dengan Diri Kita?
Perhubungan diantara sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah itu, adalah
seperti berikut;
1. Bukan hayat yang hidup, sifat hidup yang ada pada hayat kita adalah bagi
menyatakan dan menzahirkan haiyun yang ada pada zat Allah.
2. Bukan ilmu yang tahu, sifat tahu yang ada pada ilmu kita itu adalah bagi
menyatakan dan menzahirkan sifat Alimun yang ada pada zat Allah
3. Bukan irodat yang berkehendak, sifat berkehendak yang ada pada irodat
kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat muridun yang ada
pada zat Allah.
4. Bukan kudrat yang berkuasa, sifat berkuasa yang ada pada kita itu adalah
bagi menyata dan bagi menzahirkan sifat kodirun yang ada pada zat Allah.
5. Bukan samak yang mendengar, sifat mendengar yang ada pada kita itu
adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat samiun yang ada pada zat
Allah.
6. Bukan basor yang melihat, melihat yang ada pada kita itu adalah bagi
menyatakan dan bagi menzahirkan sifat basirun yang ada pada zat Allah.
7. Bukan kalam yang berkata-kata, sifat berkata-kata yang ada pada kita itu
adalah bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat mutakallimun yang ada pada
zat Allah.
Sifat ma'ani menumpang sifat maknawiyah, sifat maknawiyah pula menjadi
tempat bergantungnya sifat ma'ani. Seumpama sifat penglihatan (ma'ani)
bergantung kepada yang memberi penglihatan (makknawiyah), manakala sifat yang
memberi penglihatan (maknawiyah) menumpang dan bergantung pula kepada Yang Maha
Esa (salbiah). Mempelajari sifat ma'ani yang tujuh dan mempelajari sifat
maknawiyah yang tujuh tidak akan memberi apa-apa menafaat, jika ianya tidak
dihubungkaitkan dan jika tidak dirujuk kepada diri kita sendiri. Dengan cara
menghubungkaitkan pelajaran sifat-sifat tersebut keatas diri kita, barulah
ianya mendatangkan menafaat kepada diri.
Bagaimana cara untuk menghubungkaitkan sifat tersebut dengan diri kita ?.
Kaedah untuk menghubung kaitkan sifat tersebut dengan diri kita adalah dengan
cara melihat kepada sifat mata kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan
sifat basor (melihat), melalui basirun Allah (penglihatan Allah).
Begitu juga dengan sifat nyawa kita, yang berfungsi selaku untuk
menzahirkan sifat hayat (hidup), melalui sifat haiyun Allah (penghidupan
Allah). Apabila kita lihat sifat basor, sifat hayat, sifat sama', dan
lain-lainnya, yang ada pada diri kita ini, hendaknya jangan kita lupa untuk
memandang kepada tuan yang empunya sifat. Apa gunanya mata, jika tidak
dilengkapi dengan penglihatan, apa gunanya telinga, jika tidak dengan
pendengaran.
Segala penglihatan dan segala pendengaran kita itu, dari mana asal
datangnya, jika bukan daripada Allah. Apabila kita tahu bahawa semua itu
datangnya dari Allah, hendaknya jangan kita lupa akan asal usul diri kita. Bila
kita tidak lupa asal usul, membuatkan kita tidak lupa kepada Allah selaku tuan
punya kepada sifat yang ada atas diri kita ini. Apabila kita sedar bahawa
sifat-sifat yang kita miliki dan yang ada atas diri kita ini sebenarnya adalah
hak Allah. Dari itu jangan pula kita lupa untuk dikembalikannya semula kepada
tuannya yang asal (Allah). Inilah kaedah mengenal sifat maknawiyah Allah atas
diri kita. Apa sahaja ilmu yang kita belajar, semuanya menuju kepada penyerahan
dan mengenal Allah Ta'ala.
Kita ada mata, telinga, mulut dan sebagainya, namun sifat-sifat tersebut,
hanyalah sekadar menumpang sifat penglihatan, pendengaran dan kalam Allah.
Sifat yang ada pada diri kita itu juga, hanyalah sifat sementara yang menumpang
kasih dari sifat Allah. Setelah sedar yang diri kita sekadar menumpang,
janganlah kita bersifat anggkoh, bakhil, kedekut, tamak, dengki, khianat dan
jangan bersifat sombong. Buat apa sombong, sedangkan pakaian yang kita pakai
ini, bukannya milik kita.
Jika kita sudah sedar bahawa itu adalah barang pinjaman, harapnya
dikembalikan dengan seberapa segera yang boleh, jangan bertangguh-tangguh lagi.
Jika ditangguh-tangguh, bimbang nanti kalau-kalau ajal terlebih dahulu datang
menjemput sebelum sempat untuk dikembalikan.
Tujuh sifat ma'ani Allah dan sifat maknawiyah Allah itu, hanya akan dapat
diterjemah melalui penzahiran sifat makhlok, seumpama anggota mata pada sifat
ma'ani bermakna penglihatan pada sifat maknawiyah Allah, yang hanya dapat
diterjemah melalui diri kita. Seumpama sifat pendengaran dan berkata-kata pada
maknawiyah, bila diterjemah pada diri kita, ianya akan memperlihat dan
mempamerkan sifat kekuasaan Allah atas sifat diri kita sebagai makhlok. Sifat
dua puluh itu, adalah sifat Allah, sungguhpun begitu, kita hendaklah
mentafsirkan ia ke atas diri kita, barulah kita dapat mengenal Allah
melaluinya.
Dari itu juga, ianya menampakkan dan memperlihatkan lagi betapa kecil dan
kerdilnya kita. Tanpa sifat-sifat Allah, kita bukanlah siapa-siapa. Kita tidak
boleh berdiri sendiri, tanpa zat Allah. Bagi yang berpandangan, cuba-cubalah
tiliki diri sendiri, dengan cara mengenal diri sendiri, InsyaAllah
mudah-mudahan supaya Allah pula dapat kita kenal.
Renungi sedalam-dalamnya ke dalam diri masing-masing. Disitu akan kita
temui diri kita yang sebenar dan temui juga akan kebesaran, kesempurnaan dan
keagungan Allah. Sifat yang kita pakai dan sifat yang kita bawa ini adalah hak
Allah Taala sepatutnyalah dan selayaknyalah dikembalikan dan dipulangkannya
semula kepada yang berhak.
Diri kita tidak ubah seumpama sifat orang yang sudah mati. Sungguhpun orang
mati ada mata, ada telinga dan ada mulut tetapi mata, mulut dan telinganya
tidak dapat berfungsi apa-apa tanpa yang menghidupkannya. Yang menghidupkan
ma'ani itu, adalah sifat maknawiyah Allah.
Pelajaran ini adalah semata-mata untuk menyedarkan kita, untuk menginsafkan
kita bahawa, yang empunya penglihatan, pendengaran, suara, suami, isteri, anak,
makan minum, kesihatan, pakaian, perlindungan tempat tinggal dan sebagainya
itu, adalah datangnya dari Allah swt belaka dan bukannya dari hasil daya usaha
atau titik peluh kita. Kebanyakkan dari kita tidak nampak dan tidak sedar, yang
semua itu adalah datangnya dari Allah. Ada diantaranya, sengaja buat-buat tidak
nampak.
Kebanyakkannya hanya pandang sifat mulut, hanya nampak sifat mata dan hanya
lihat sifat telinga, tidak terpandang oleh mereka kepada yang empunya
penglihatan, pendengaran dan tidak terpandang kepada tuan asal yang empunya
segalanya. Sekali lagi marilah sama-sama kita kembali kepada Allah. Supaya
dengan cara ini, kita memperolehi ketenangan jiwa, redho dengan apa yang
berlaku, ikhlas dalam beribadah, jujur dalam pekerjaan dan membuatkan hati kita
sentiasa berserah kepada Allah Yang Maha Esa.
Bagi yang masih tidak nampak, sesungguhnya mereka
itu buta. Buta mata zahir dan buta mata hatinya. Selagi diri tidak dibinasakan
(diserahkan) kepada Allah selaku tuan asal yang empunya segalanya, selagi
itulah kita tidak akan dapat untuk membezakan antara sifat Allah dengan sifat
diri kita. Apakah mereka sangka sifat diri kita sama dengan sifat Allah! Sifat
Allah tidak sama dengan sifat makhlok, tetapi dalam masa yang sama, ianya juga
tidak lain dari itu.
Hidup ini seumpama suara yang tersimpan di dalam
halkum. Segala apa yang terjadi (terzahir) dan yang bakal terjadi itu, sudah
sedia ada dalam pengetahuan Allah, sudah tertulis, termeterai dan terpahat di
dalam ilmu Allah sejak azali lagi, tanpa berubah atau terpinda sedikitpun
darinya. Segala kejadian itu, akan terjadi dan akan terzahir mengikut apa yang
sudah tersurat, itulah makanya sebagai umat Islam, di sarankan supaya berserah
diri dan..
Pak Sheikh
DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)
No comments:
Post a Comment