Catatan pada usia 55

Catatan pada usia 55 - AlifLamYerFer

Hari ni 29/03/2024 18 Ramada 1445 jam 8.16 dah lama tak tulis sesuatu

Hari ini (esok 30 Mac) genap tarikh lahir aku ikut calendar masihi. Alhamdullillah baru sebentar tadi berbuka puasa dengan isteri, lima orang anak , dua orang menantu , dua orang cucu dan seorang dalam kandungan dah hampir cukup 9 bulan yang bakal lahir tidak lama lagi, moga Allah permudahkan kelahiran normal itu. Sehat dan Selamat semuanya.

Ikhlas dari hati ni tidak mengharapkan tarikh aku ini diraikan, sebab serupa sahaja buat aku tapi jika ada yang sudi memberi ucapan, terima kasih moga Allah merahmati kalian. Terfikir di otak sebelah kiri aku ini, pada usia gini jika ada sebarang ucapan meraikan, aku berpandangan itu sebenarnya bukan lah untuk aku semata, tapi ianya keraian buat semua jua, untuk mereka2 yang rasa bahagia menghargai insan lain, menghargai aku sementara aku masih lagi ada disisi mereka. Hidup hakikatnya tidak kekal, semua pasti menemui mati, hukum akal kata satu hari bernama kakek itu adalah satu hari menanti tarikh ajal yang semakin dekat.

Sealiran perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi aku bersyukur juga sejak bermula awal tahun 2024 ini sering aku bertemu dengan ustaz2 yang berkongsi ilmu tauhid di media masa tiktok, mereka menyampaikan ilmu hakiki. Aplikasi tiktok ni aku sebenarnya pernah meletakkan rasa marah dan jijik kepada netizan yang suka bersemuka dengan aplikasi tiktok, aku angap pada tika itu yang melayan tiktok adalah golongan manusia yang rajin melayan nafsu dunia yang menjijikan semata. Maaf kan aku ternyata aku salah

Banyak juga ruangan ilmiah, ramai ustaz2 yang menyampaikan atas kefahaman mereka, mereka berharap semua umat islam dan berharap golongan tidak islam pun turut sesama memahami hakikat diri sendiri (mengenal diri). Pasti niat mereka juga berharap semua makhluk di tujuh petala bumi tujuh petala langit dan barang antara keduanya akan taat pada pencipta yang satu, seraya menyambung perjuangan Nabi Muhammad SAW. Banyak tajuknya luas penceritaannya, aku tapis jua mengikut apa yang pernah aku diajarkan walau tidak sama tapi ada yang serupa.

Cikgu kata yang menyampaikan itu guru yang memberi didikan itu adalah Allah. Allah sentiasa menguji keikhlasan manusia yang mencari sesuatu yang hakiki. Kata2 “”Sama tidak serupa”” itu mengingatkan aku pada satu hadis tentang golongan islam yang berpecah 73 khaul.  Letak kan diri kita pada jalan yang betul, LAHAWLAWALA KUATAILA BILLAHILL ALIYIL AAZIM

Dinyatakan dan ditegaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran agar kita berpegang teguh dengan jalan Allah iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Firman Allah SWT:

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

al-An’am:153

Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus. Maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.”

Banyak topik nya kupasan ilmu tauhid dan ilmu hakiki di media sosial, Cuma teringin  aku berpesan pada anak-anak, isteri, netizan atau sesiapa saja, elok lah fokus dulu kepada bab mengenal diri, sebab kalau kita tidak faham siapa diri dengan sebenar faham, susah untuk memahami ilmu tahap yang lebih jauh. Aku risau ia akan menjadi satu kekeliruan yang kekal buat mereka, Nauzubillahiminzalik

Itu je lah nak pesan, teringat satu kesah burung yang membawa titisan air untuk memadamkan api yang akan membakar Nabi Allah Ibrahim, diperlekehkan fauna lain tapi ia memberi peringatan

“Walaupun aku tahu aku tidak akan mampu memadamkan api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran dengan segenap kemampuan yang ku miliki.”

“Aku harap tidak akan ditanya apakah aku berhasil memadamkan api itu atau tidak. Tapi aku lebih takut Allah akan menanyakan apa yang aku lakukan saat melihat kezaliman di depan mataku!”

Teringat lagi pesan cikgu dan aku akui kebenarannya dizaman yang akhir ini, perkara baik semakin jadi terpinggir, yang fana dunia menjadi pujaan dan ikutan, fitnah sangat berluasa. Bertahanlah sahabat, anak menantu dan cucu sekelian, berpegang lah pada jalan Allah, Insya Allah selamat, jangan terperdaya dengan tipu daya dunia yang sangat halus. Yang boleh menyelamatkan dari tipu daya itu hanya bila kita mengenal diri. Wallahualam

Di bulan ramadan yang mulia, aku ambil kesempatan mohon ampun dan maaf dari semua yang mengenali aku, aku juga pendosa seperti semua insan lain, sekiranya ada kebaikan dari nota ini, ia pastinya masej dari pencipta. –

Maafkan pendosa yang serba serbinya lemah seperti saya Mohd Fazli.
























Fast Link 

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini) Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...