Pada Usia 57 - March 2026

 

Dah jatuh, di timpa tangga.

14 Februari 2026, Sabtu bersamaan 20 Syaaban 1447 - hanya berbaki lima hari sebelum 1 Ramadan. Pagi itu aku memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur bersama konvoi GTR Pahang, nak menjelajah ke arah Muadzam dan Mersing. Seperti biasa, doa dan ingatan kepada Pencipta tidak pernah lekang di hati.

Selepas berhenti mengisi minyak beramai-ramai di Petronas Pekan Payang, kami meneruskan perjalanan dengan pace yang sederhana kerana melalui kawasan perkampungan Felda. Namun, setibanya di satu selekoh di Felda Sebertak, segalanya berubah sekelip mata. Aku cuba mengelak sebuah kereta putih dari arah bertentangan, tetapi kerana panik, selepas berjaya mengelak kereta aku membrek secara mengejut. Motor hilang kawalan atas jalan berbatu laterit, mengelonsor dan menjajar di kanan jalan, lalu terbabas ke dalam longkang.

Akibatnya, GTR aku mengalami kerosakan teruk di bahagian kiri — firing pecah dan radiator bocor. Akibat lebih terasa, kecederaan pada diri sendiri; dada terasa sakit, dan kaki kiri tenjot. Safety boot yang di pakai kiri dan kanan juga koyak di bahagian depan hingga menampakkan besinya.

Motor dihantar ke bengkel Eddy Man di Kuantan dengan kos towing RM800. Alhamdulillah, kawan-kawan ride turut membantu dengan sumbangan sebanyak RM500. Aku terus balik ke Kuala Lumpur menaiki bas dari Temerloh. Dari simpang Sebertak ke terminal bas Temerloh, aku dihantar oleh adik yang menguruskan towing. Adik ni cerita ditempat aku terbabas tu memang Kawasan kemalangan, peristiwa terakhir di tempat yang sama tahun 2025, owner Healy Davidson meninggal kerana bertembung dengan lori.

Sementara menunggu bas pulang ke Kuala Lumpur di Temerloh, aku sempat ke farmasi membeli ubat tahan sakit dan ubat bengkak kerana keadaan kaki dah sakit dan membengkak, manakala rusuk kanan pula makin terasa ngilu.

Setibanya di Kuala Lumpur, aku terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, termasuk X-ray bagi memastikan tiada tulang retak atau patah. Syukur, tiada kecederaan serius — hanya kecederaan otot akibat hentakan kuat. Aku diberikan cuti sakit selama empat hari daripada tiga klinik berbeza.

Namun, minggu berikutnya, bermula 1 Mac 2026, aku tetap perlu outstation ke Kinabatangan selama dua minggu. Tiada alasan untuk aku skip tugasan, malu aku nak bagi orang lain selesaikan kerja aku. Dengan kaki yang masih bengkak, aku gagahkan diri ke Sabah, setiap hari berteman tuam ais untuk mengurangkan sakit. Panjat tangki BST dengan kaki bengkak, memastikan juga puasa Ramadan jangan di tinggalkan.

Begitulah kisah aku jatuh — kalau diceritakan panjang, memang banyak lagi. Aku ringkaskan saja.

21 March 2026 / 1 Syawal 1447 aku sekeluarga di beri kesempatan menyambut Aidilfitri dengan tenang. Pada 29 Mac /9 Syawal, aku menaiki bas ke Taman Balok, Kuantan untuk mengambil GTR yang telah siap dibaiki. Kos pembaikan body motor berjumlah RM950. Namun, tukang cat di Balok telah meninggal dunia, menyebabkan kerja mengecat perlu dibuat di Batu Caves.

Keesokan harinya, 30 Mac 2026, genaplah usia aku 57 tahun. Hari lahir aku, macam biasa lah aku memang tidak pernah ada buat apa- apa sambutan pon. Aku di rumah Eddy ni, tanpa siapa pun menyedari. Tiada sambutan, tiada ucapan, hanya aku sendiri yang tahu dan mengingatinya. Selepas Zohor, aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur bersama Anuar. Dia menumpang aku kerana GTR miliknya ditinggalkan di bengkel Eddy Man untuk dibaiki. Maka, perjalanan di Lebuhraya Kuantan ke Kuala Lumpur itulah menjadi saksi sambutan hari lahir aku yang ke 57 tahun ini.

Setibanya di Kuala Lumpur, motor aku dihantar ke bengkel Safuan di Gombak untuk kerja-kerja mengecat. Proses tersebut siap pada 9 April 2026 dengan kos RM600.

Secara keseluruhan, kos pembaikan GTR adalah RM1,550, dan ditambah dengan kos towing RM800, menjadikan jumlah kerugian peristiwa terbabas mejangkau RM2,350.

Begitulah perjalanan ini — bukan sekadar kisah jatuh, tetapi juga tentang bangun semula, satu langkah demi satu langkah.

Ujian datang tanpa diduga, tapi setiap satu ada hikmahnya

Dah jatuh, ditimpa tangga — musibah yang datang berturut-turut.

Peristiwa ini berlaku pada 3 April 2026, hanya empat hari selepas ulang tahun kelahiran aku yang ke-57. Segalanya bermula dengan satu niat yang nampak biasa - aku ingin membeli MaxTag melalui iklan di Facebook. Iklan itu kelihatan sangat meyakinkan, seolah-olah benar dan sahih tanpa sebarang keraguan.

Namun, tanpa aku sedari, itu adalah perangkap seorang scammer online. Akhirnya, duit Tabung Haji aku sebanyak RM10,000 hilang begitu sahaja, disedut dalam sekelip mata.

Saat itu, aku benar-benar rasa diri ini terlalu lalai, terlalu mudah percaya, betul seperti orang yang “bodoh” , sangat dunggu pada hari tersebut. Terlintas di fikiran satu dialog dari cerita P. Ramlee -“Hari ini hari bodoh saya, tuan.” Dan itulah perasaan yang paling tepat menggambarkan keadaan aku ketika itu; hari paling bodoh dalam hidup aku. Memang patut pon jika isteri dan anak-anak turut menemplak.

Aku tidak mahu mengulas panjang. Luka lama yang hampir sembuh, kembali berdarah semula.

Jika sebelum hari tarikh lahir aku sudah menanggung kerugian RM2,350 akibat kemalangan, hanya beberapa hari selepas tarikh lahir itu aku kehilangan pula RM10,000. Jumlah yang bukan kecil, duit menabung yang dikumpul berpuluh tahun, ia cukup untuk menguji hati dan jiwa. Boleh mendatangkan cakap sensorang ni hai.

Inilah kisah “jatuh ditimpa tangga” yang benar-benar aku lalui diusia tua. Segalanya berlaku begitu cepat, bertimpa-timpa, seolah-olah tidak sempat untuk bernafas.

Namun di sebalik semua ini, aku hanya mampu mengucap - Allahu Akbar. Segala yang berlaku, semuanya di bawah ketentuan-Nya. Yang baik dari Allah yang batil datang dari kelamahan diri aku sendiri.

Ini doa yang nabi ajar ketika ditimpa musibah,

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

INNĀ LILLĀHI WA INNĀ ILAYHI RĀJI‘ŪN. ALLĀHUMMA’JURNĪ FĪ MUṢĪBATĪ, WAKHLUF LĪ KHAYRAN MINHĀ.

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini, dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.”



 








Wallahualam


Satu Kehilangan

Suatu hari nanti, ketika usia kian menua dan langkah semakin perlahan, kau akan benar-benar mengerti bahawa masa tidak pernah menjadi milik sesiapa. Ia tidak menunggu, tidak juga berpaling—ia hanya pergi, membawa bersama segala yang pernah kau sangka akan kekal.

Pada saat itu, kau akan mula menyedari…
bahawa ada insan-insan dalam hidupmu yang tidak pernah kau hargai sepenuhnya ketika mereka masih ada.
Mereka yang diam-diam menampung retak dalam dirimu, menutup lompong kelemahanmu, dan menjadikan kau lebih kuat daripada yang sepatutnya.

Dan apabila mereka tiada…
barulah kau terasa—sebahagian daripada dirimu ikut hilang bersama mereka.

Itulah kehilangan.
Bukan sekadar ketiadaan, tetapi kekosongan yang tidak mampu diisi dengan apa pun.
Rindu yang tidak punya alamat.
Dan syukur yang terlambat menemui suara.

Yang lebih menyakitkan…
mereka tidak pernah tahu betapa besar makna mereka dalam hidupmu.
Tidak pernah tahu bahawa dalam diam, kau berhutang pada setiap kebaikan yang mereka beri. Tidak pernah tahu… dan tidak akan pernah tahu.

Namun hidup tidak pernah membuka ruang untuk kita kembali.
Tidak ada kesempatan kedua untuk mengulang detik yang telah pergi.
Yang tinggal hanyalah hati yang belajar memujuk diri - bahawa tidak semua rasa diciptakan untuk difahami oleh manusia.

Ada yang cukup sekadar menjadi rahsia. Rahsia antara kau… dan Tuhan.

Kerana pada akhirnya, kata-kata hanyalah usaha yang terbatas.
Sedangkan makna sebuah penghargaan itu terlalu luas untuk diungkapkan.
Maka kau lepaskan semuanya - bukan kerana kau tak reda sepenuhnya,
tetapi kerana kau percaya…hanya Dia yang mampu menyempurnakan segala yang tidak sempat kau sampaikan.

Dan dari luka yang tidak terlihat itu, lahirlah kenangan - kenangan yang tidak akan pernah mati, walaupun masa terus berusaha memadamkannya.

Hari ini, rasa itu kembali mengetuk…perlahan, tapi dalam. Lalu ia menulis dirinya sendiri—bukan untuk difahami, tetapi untuk dirasai.

Yang baik itu datangnya dari Sang Pencipta.

Aliflamyerfer
14 April 2026
Usia 57 tahun



No comments:

Post a Comment

AKU KAH INI

21 Mach 2010 at 23.00 Aku tuliskan kisah benar hidup aku, Monday, Oct 17, 2005 Aku kah ini, Aku kah ini, seorang anak pada suatu masa dahulu...