Satu Hari Bernama Aku

Terima kasih pada semua ucapan untuk saya semalam dan hari ini, Moga anda juga dikurniakan kebahagian abadi. Alhamdullillah sampai 52 tahun, - Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
















April 2021, hadiah, reward untuk diri sendiri sempena 52 tahun


Satu hari bernama aku
Satu hari bernama anak
adalah hari dimanja
satu hari bernama anak
adalah hari dibelai
satu hari bernama anak
Adalah hari mencorak kain yang putih
Satu hari bernama remaja

adalah satu hari membuktikan rasa
satu hari bernama remaja
mencari contoh dan idola
satu hari bernama remaja
hari gagah dan hari jelita 

Satu hari bernama dewasa
memelihara anak, remaja dan kakek
satu hari bernama dewasa
memperkukuhkan tamadun
satu hari bernama dewasa
menyiapkan satu dunia baru
untuk generasi baru
satu hari bernama dewasa
adalah dua detik yang telah berlalu
sedetik setelah mejadi anak
sedetik setelah menjadi remaja

Satu hari bernama kakek
Adalah si bongkok tiga
satu hari bernama kakek
adalah tua menjadi tua saja-saja
satu hari bernama kakek
adalah tua menjadi tua atuk
satu hari bernama kakek
adalah tua menjadi tua kutuk
satu hari bernama kakek
adalah tua mejadi Quran buruk…
semuanya hasil atas apa-apa yang engkau sendiri usahakan

AlifLamYerFer- sempena 30032010 fazli

Muhasabah diri untuk diri saya dan semua

sehari lagi umur meningkat cukup kepada tahunnya.. sehari lagi ajal kita semakin dekat kepada kadarnya, yang tidak pasti dimana tarikhnya. terima kasih kepada yang mengingati kita kepada tarikh itu.. terima kasih juga kepada yangg perasan tapi tidak ingin tolong mengingatikan kita kepadanya. terima kasih juga kepada yang tidak perasan langung berkaitan dengan nya... akhirnya... kita semua ada dan memiliki perkara yang serupa.. iaitu hayat yang bukan hak milik kita yang mutlak... sekadar pinjaman semantara sahaja, sejahtera untuk semua..

pertemuan itu bersayarat perpisahan itu pasti,, 

Mendaki hingga ke Puncak Fuji Jepun (ß Klik Sini)

Lawatan Ringkas Ke New Zealalnd (ß Klik Sini)

GTR1400 Gathering 2020 (ß Klik Sini)

Puisi Merdeka (ß Klik Sini)


Fast Link 

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini) Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter

No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...