Ulang Tahun Aku Ke 51



Terima kasih kepada yang mengucapkan kata indah sempena ulang tahun aku, terima kasih juga kepada yang tidak sempat untuk mengucapkan. Sama sahaja bagi aku, Sehari umur meningkat sehari ajal semakin dekat. Bila dah sampai tahap umur aku hari ini, memang terasa kehidupan dunia ini singat sangat. Kias kata , hidup ini 3 hari je, semalam yang telah kita tinggalkan, hari ini yang bukan satu kebetulan, dan tentunya esok yang belum pasti. Maka percaya sangat lah aku dengan ingatan agama bahawa masa berpuluh tahun didunia hanya sehari sahaja di akhirat.

Bulan ini Mac 2020 aku menyambut ulang tahun kelahiran pada 30 haribulan. Pada ketika aku menaip menyempurnakan catatan ini, manusia satu dunia di landa ketakutan akibat wabak. Tidak Siapa sangka.
Wawasan 2020 Bulan Mac pada 30 haribulan genap umur aku 51

Teringat pulak aku angka 51 ni, kalau mengikut sirah Rasullullah pada usia ini 51 tahun baginda menerima peristiwa israq dan mikraj, satu perjalanan suci. Baru je umat islam sambut tanggal 27 Rejab 1441 lepas, iaitu pada 22 Mac 2020

Sebagai manusia biasa aku pun ada rasa takut. sepontan aku perlu berwaspada , berjaga-jaga, berusaha menghindari, berdoa dan bermunajat bagi memastikan aku, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga aku sehat walafiat. Berusaha mentaati pemerintah Malaysia demi untuk kebaikan sejagat.

Sebagai insan pula bila berdiri aku atas ilmu Islam, putus iktikad aku, ini semua ketentuan pencipta, semua atas kuasa tuhan sebenar yang aku sembah. Tidak pernah aku ragui. Cikgu kata Manusia dan insan memang ada perbezaan. Ya Raabi kekalkan kepada aku dan keluarga aku jiwa yang tenang.

Bila wabak datang macam-macam kerenah manusia yang dapat di lihat di sekeliling kehidupan. Allhamdulillah aku bersyukur, pencipta datangkan peristiwa ini dalam perjalanan hidup aku. Tidak ada satu pun mana-mana nikmat tuhan yang dikurniakan sehingga saat usia aku yang ini, mampu aku dustakan. Aku hadap kan wajah pada mu pencipta, bersujud dengan sebenar sujud

Pada ketika ini manusia takut, manusia panik, manusia sedih, manusia menderita kerana demam namun jangan kita lupa manusia juga menderita atas perkara lain, manusia mati kerana wabak namun jangan kita lupa beribu-ribu juga manusia mati bukan kerana wabak setiap hari, manusia mati atas sebab lain.

Ramai juga manusia ambil kesempatan yang menguntung diri sendiri dari peristiwa wabak. tak kurang juga manusia di lahirkan, berapa ramai kelahiran baru setiap hari.  manusia berkorban untuk kebaikan, manuisa terkorban demi membantu ke jalan kebaikan juga ramai, ada juga manusia yang tak peduli pon atas perkara yang berlaku selagi mereka tak terkena wabak. Sama saja senario ini sebelum datangnya wabak atau semasa wabak. Inilkah hakikat, sedikit kesah manusia dalam angan fikir aku.

Manusia mengeluarkan banyak pendapat. Ada pendapat kata sebab manusia rakus, makan apa saja.  Manusia berpendapat bangsa lain tak betul. Manusia berpendapat agama selain agama yang mereka anuti tak betul. Pendapat lain ini bala dari tuhan. Pendapat lain sebab dunia dah akhir zaman nak kiamat pada Ramadan yang akan datang ini.  Ada yang kata angkara dajal, musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat . Ramai betul yang pandai mengaitkan teori illuminati dengan isu semasa kini, mereka akan dipandang hebat oleh masyarakat. Aku ambil perhatian atas semua pendapat, aku hadap segala kemungkinan.

Manusia mengeluarkan hujah melalui pemerhatian, melalui kajian dan merujuk kepada kitab-kitab mereka. Lebih ramai mengeluar hujah atas ikut-ikutan info, tiada pendirian tak tahu yang mana satu  anutan sebenar. Tak mampu nak di tulis pro dan kontra atas semua pendapat itu. Semua ada hujah memasing. Tapi kemana pun penyudahnya jangan lupa kembalilah kepada Al Quran, untuk ingatan diri aku sendiri.

Islam itu tujuh petala langit tujuh petala bumi dan barang diantara keduanya. Siapa yang tak anut cara hidup islam itu ia golongan engkar. Aku yakin dengan kenyataan ini, aku pegang kata cikgu yang mengajarkan.
Wallahualam Cuma.. aku tahu dan yakin sebab aku pon dilahirkan ketika dunia sudah bongkok tiga. Gambaran bongkok tiga ni masa Rasullullah Mikraj setahun sebelum hijrah. Hari ini dah 1441 tahun hijrah, kalau nak buat belagah bahasa mungkin dunia dah bongkok empat mungkin bongkok 7. Aku percaya pada kiamat dan hari pembalasan.
Tak mau komen lagi banyak, aku tulis ini untuk peringatan diri aku sendiri, agar aku sentiasa berpegang pada islam dan tali Allah, tidak tergelincir dari landasan tauhid yang benar yang dibawa oleh Muhammad SAW.

Cikgu pesan, sesama lah kita berusaha dan berdoa agar kita benar-benar mengenal tuhan yang kita ibadahkan. Sebab bila kita tak kenal tuhan yang kita ibadahkan dengan sebenarnya segala amal kebajikan kita sebenarnya sia-sia dan golongan tidak mengenal ini sentiasa kelihatan taat sembahyangnya tapi sebenarnya mereka mendustakan agama. Rujuk surah al Ma’un

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ ﴿٤﴾ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥﴾
(3) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (4) (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5)

Jangan hukumkan ayat ini kepada orang lain, hukumkan ayat ini kepada diri sendiri supaya dapat kita memperbaiki diri kita dan tidak cepat mencerca orang lain. Kalau mahu berubah biar sedikit-sedikit dari tak bergerak langsung. Sedikit-sedikit lama kelamaan jadi bukit.

Balik semula kepada birthday aku hari ini, tiada apa yang aku rasa istimewa pon disetiap tarikh menyambut hari ulang tahun kelahiran aku. Tapi alhamdulillah, baiknya ialah ia sentiasa mengingatkan aku pada ungkapan ini, sehari umur meingkat sehari ajal semakin dekat. Hayat aku di dunia yang fana ini semakin pendik setiap kali birthday.

Pada musim wabak begini, ada rumah mewah ke, ada kereta mewah ke, ada motor mewah ke, ada segala yang mewah ke langsung tidak menjamin kebahagian. Yang bole menjamin kebahagian cuma pada hati yang reda pada pencipta atas berdiri betul, diri terdiri, diri terferee.

Manusia tak takut mati sebab mati itu fitrah. Pada yang takut mati pon tetap akan mati.  Tapi manusia takut dengan wabak, manusia takut mati akibat wabak. Jenazah diuruskan sendirian, ditanam sendirian, tiada aura kasih sayang masyarakat ketika pengkebumian, masyarakat keliling mencemoh. Tiada ibu bapa,tiada isteri,tiada anak,tiada sedara mara,tiada sahabat yg dpt rapat utk kali trakhir. Gagal mengekang wabak boleh Memusnahkan keluarga, meruntuhkan masyarakat,  meruntuhkan bangsa,  meruntuhkan negara meruntuhkan tamadun. Semuanya di ambil kira atas dasar kasih sayang. Luasnya erti kasih sayang.

Manusia tak sanggup melihat manusia lain derita atas sebab rasa kasih sayang. Tapi sebahagian dari manusia itu tidak pernah kesah pon. Jom sesama just stay at home. Mudahan negara kita cepat pulih dari wabak ini (VIRUS CORONA), sesama kita berdoa pada Allah, dari Allah ia (wabak) datang kepada Allah jua kita bermohon wabah ini terhapus.

Alhamdulillah pada tempoh Mac 2019 ke Mac 2020 aku berjalan jauh melihat keindah dunia, sampai aku ke Negara New Zealand. Melihat keindahan alam ciptaan tuhan. Keindahan yang hakiki itu tidak dapat di lafazkan dengan kata-kata. Juga tidak boleh nak di paparkan dengan lukisan atau photograf. Tiada kata secantik bahasa tiada gambar secantik lukisan untuk diluahkan perasaan.













Every single steps in New Zealand have showing the beauty that i unable to tell through words and it is impossible to express that true beauty through picture

Surah Yunus Ayat 101

قُلِ انظُرُوا مَاذَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَمَا تُغْنِي الْآيَاتُ وَالنُّذُرُ عَن قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ ﴿١٠١﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadannya

Akhir kata besok bermula umur aku meningkat ke 51 tahun 1 hari dan pada sekala seterusnya yang aku pun tak pasti bila. Kepada semua yang pernah bersama aku di kehidupan lepas yang sangat singkat ini, ampun kan segala kesilapan aku sama ada ter sengaja atau tidak disengajakan. Sama-sama lah tegur aku kalau aku salah.

Amin

nak tulis sikit je, jadi panjang lak.
Kasih dan sayang aku pada sekampung, sayang semua.
Aliflamyerfer


Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)
Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...