Catatan Fuji

Kenapa aku tuliskan bloggers untuk trip kembara budak kampung


Ini bukan pendakian gunung aku yang pertama kali, banyak juga gunung aku dah daki lebih pada 15 gunung kot. Aku tak pernah pun tulis bloger untuk gunung yang pernah aku daki, tapi kenapa kali ini aku rajin sangat nak berbloger. Nak di fikirkan bukan aku sorang jer yang dah lepas ke puncak Fuji. Tapi biar lah aku nak tulis juga pengalaman ini untuk satu kepuasan. Siapa tahu bloger aku ini akan hidup seribu tahun lagi macam kesah Tan Sri P.Ramlie. Tinggi nya harapan aku, apa pun kalau ada perkara yang baik dari tulisan ini, semuanya datang dari Allah



Terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa , kepada isteri & anak-anak, saudara adik-beradik dan guru-guru yang sangat aku sayangi. Pengorbanan dan kasih sayang itu tidak terbalas dengan sesuatu yang sangat berharga di dunia ini.

Aku kah ini,

Aku anak peneroka membesar dengan pelbagai kepayahan hidup untuk mencapai dewasa, aku serap semua itu menjadi pengalaman hidup. Walau membesar dengan segala kesukaran,zaman kanak-kanak aku seperti insan lain jua punyai impian. Selain dari punyai impian untuk berjaya dalam hidup aku juga ada impian untuk melihat dunia, keluar dari bawah tempurung. Negara utama yang ingin sangat aku sampai sejak aku kecil ialah negara Jepun negara matahari terbit. Faktor yang buat aku teringin, bagi aku bangsa jepun bangsa yang berani dan hebat boleh gegar dunia, takluk dunia, cepat pulih dari tragedi atom Hiroshima. Aku suka melihat seni kebudayaan lama jepun, aku suka disiplin yang di tunjuk dan banyak lagi yang aku suka, tapi tidak termasuk keruntuhan akhlak remaja jepun dewasa kini. Aku juga selalu mendengar kesah penjajahan jepun di Malaysia dari pada mulut arwah datuk aku. Mereka sangat membenci jepun. Moga dicucuri rahmat atas roh datuk aku Allahyarham Abdul Rashid Bin Nordin.


Mendaki Bersama Irfan

Irfan anak aku nombor dua,  aku sayang tahap sama aje untuk semua anak-anak  aku yang lima orang, tanpa ada terlebih terkurang di antara satu dengan yang lain. Kelima lima anak ada tabii atau perilaku yang berbeza. Dalam mendidik anak aku ikut pesan orang tua-tua, dan bawa pandangan Islam juga. Mendewasakan anak perlu di rotan jika mereka buat silap dan ingkar. Pada pendapat aku nikmat atau rasa membesarkan anak lelaki ada beza dengan rasa membesarkan anak perempuan. Kias kata membesarkan anak lelaki seperti kita membina keperibadian dan semangat anak sehingga terbinanya pahlawan. Membesarkan anak perempuan ibarat kita membina keperibadian dan semangat anak sehingga terbinanya srikandi. Dalam tempoh kelima anak-anak aku membesar, Irfan anak paling keras hati, yang paling kerap kena rotan.

Ada perkara yang aku nak kongsi, kesah merotan anak ni. Setiap kali aku terpaksa merotan anak-anak atas sebab didikan, selepas di rotan hati pasti akan timbul belas kasihan dan rasa kesal atas peristiwa itu, aku hanya mampu berdoa mudahan rotan itu menjadi ubat dan penawar buat anak-anak. Bila semua dah remaja Irfan punya minat yang sama macam aku, suka aktiviti luar. Pertama kali aku bawa Irfan mendaki semasa XPDC Gunung Tahan, bermula dari Merapoh tamat di Kuala Tahan selama 7 hari 7 malam sejauh 110 km mendaki dan turun.

Pendakian pertama Irfan pada usia dia 15 tahun, sangat mencabar jiwa remaja dia tika itu, aku dapat merasakannya. Hari kedua tergendala di cek poin pertama kerana hujan lebat, air melimpah, sungai tidak dapat dilalui, telah menggugat jiwa anak ini, dia hampir berputus asa. Tapi akhirnya dia sememangnya seorang yang tabah dah kuat. Dia mengakhiri perjalanan itu dengan kuku ibu kaki jari tercabut kedua belah, akibat terendam air hujan & sungai selama 5 hari, peristiwa itu pasti tidak akan aku terlupa. Percayalah bahawa alam sentiasa mendatangkan peristiwa, peristiwa itu misteri kehidupan, peristiwa itu mendidik bagi yang mahu memikirkan dan didikan itu hak milik pencipta. Sejak itu kami kerap juga mendaki bersama. Dan Trip kali ini aku pelawa Irfan mendaki bersama aku di gunung Fuji melihat kepada minat dan kemampuannya. Moga anak-anak aku yang lain juga, terus cemerlang dan terbilang, berkat dan selamat dunia akhirat. Aku cerita pasal irfan ni, sebab aku berbangga sebagai seorang Ayah

Jo (Alias)

Jo aku mula kenal hampir 3 tahun yang lalu, bertemu di trek joging taman tasik permaisuri Cheras. Hampir setiap petang bertemu ketika joging membawa kepada akrab. Dia berminat dengan aktiviti pendakian. Ada dua kali aku bawa mendaki bersama sebelum pendakian Fuji. Yang pertama mendaki Gunung Nuang di Ulu Langat, satu lagi Gunung Rajah via kuala kubu. Trip yang lain tak sempat buat, masing-masing sibuk dengan kerja dan komitmen.

Rakan se pendakian

Kumpulan pendakian ini seramai 16 orang semuanya. Trip yang di anjurkan oleh saudara Azlee Mustafa. Rakan se pendakian ini tidak seorang pun ada yang aku kenal sejak awal. Yang bersama aku adalah anak aku Irfan dan JO (Alias) rakan riadah senaman petang. Hanya berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp, sekali sekala bertanyakan persiapan untuk pendakian Fuji. Dua daripada 16 peserta pendakian ini tidak pernah punya pengalaman mendaki di mana-mana gunung, maklumat yang aku tahu selepas balik semula ke Malaysia.


Menabung setahun untuk pergi

Aku berpendapatan sederhana sahaja di kota raya Kuala Lumpur ibu negara Malaysia. Ikut kepada komitmen yang aku ada pada ketika ini aku rasa seperti masih tidak mampu untuk melancung ke Jepun. Rancangan aku nak ke Jepun sudah bermula sejak tahun 2014, dah 4 kali aku berjanji dengan Azlie Mustafa nak ikut trip nya mendaki Fuji, tak kesampaian. Ada benar kias pujangga, kadang hidup ini tidak se indah impian. Lepas setahun ke setahun janji aku rabak, awal 2017 aku mula menabung. Menabung selama se tahun. Tiket dah di beli, isteri sokong aktiviti aku selagi keperluan rumah tangga tidak terabai. Syukur sangat akhirnya dengan kos bajet back pakers hasrat aku tercapai pada 14 hingga 19 Julai 2018.

Cemas dengan persiapan, risau dengan cuaca

Sejak mula mendaftar dengan Azlie Mustafa sebagai peserta untuk mendaki Fuji, hati aku dah mula cemas. Banyak perkara yang bermain-main dalam fikiran, antaranya nya mampu kah aku dari segi kewangan, mampu kah aku nak lengkapkan keperluan dan peralatan. Semakin dekat dengan tarikh pendakian semakin hati bertambah cemas. Banyak perkara datang dalam fikiran.


Sdr Azliee Mustafa. Terima kasih Azliee menjayakan trip kami, merialisasikan impian.





Risau Kemampuan tenaga & Kesihatan

Atas kemampuan semasa, perkara ini tetap ada kerisauan di hati . Usaha perlu berterusan untuk memastikan tenaga & kesihatan di tahap maksimum. Aku sertai program larian, sentiasa berjoging bila berkesempatan, untuk membiasakan diri supaya cepat pulih dari keletihan fizikal. Usaha berterusan untuk patikan kecergasan kardiovaskular dalam keadaan normal dan pada tahap yang ideal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan kita melakukan sebarang tugas. Risau hati bila tidak sempat aku untuk buat latihan mendaki mana-mana gunung di Malaysia, atas kekangan masa.

Risau dengan cuaca

Aku biasa juga mendaki gunung. Beberapa pengalaman yang lalu, berjalan mendaki ke puncak bukan lah masalah besar jika kita cergas (fit) \ sihat dan sentiasa menjaga keselamatan anggota, terutama kaki semasa pendakian. Apa yang lebih aku risau ketika pendakian ialah cuaca alam. Hujan sepanjang pendakian, kilat & petir di kawasan terbuka, angin yang kencang, angin yang sejuk, binatang berbisa & binatang buas. Maka sepajang penantian aku ke tarikh penerbangan ke Jepun, hati aku sentiasa risau akan cuaca yang bakal aku hadapi di Gunung Fuji. Setiap hari sentiasa berdoa agar diberi cuaca yang baik semasa pendakian.












Pada awal Julai 2018, seminggu sebelum pergi, kerisauan hati aku semakin bertambah menebal apabila, Jepun digemparkan dengan berita banjir yang besar yang berpunca Fuji dilanda bencana alam berpunca dari taufan yang melanda.  Ramainya jiwa yang terkorban. Bencana ini dipanggil secara rasmi sebagai "Hujan Lebat Julai Heisei 30 (2018) berpunca dari Taufan Prapiroon yang melalui kawasan Jepun.

Risau dengan Penerbangan

Mesti ini satu penerbangan yang mendebarkan berkata dalam hati, pertama kali terbang selama 7 jam. Penerbangan yang bakal aku tempuhi juga menjadi kerisauan di hati, aku memang tak penah terbang melebih tiga jam ke mana-mana destinasi. Paling jauh pun terbang kek Lahad Datu Sabah, Negara paling jauh aku terbang setakat ni Lombok Indonesia perjalanan terbang dua jam aje. Aku memang tak suka naik kapal terbang, penerbangan adalah antara perkara yang membosankan bagi aku. Bayang kan nak kena terbang 7 jam ke Jepun.

Itulah dia antara perkara-perkara utama yang merisaukan. Tapi hidup perlu diteruskan, bulatkan tekad, hadapkan aje lah.


Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)


Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter

No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...