Kita yang tidak sempurna









Kita ini tidak sempurna, sebab itu Allah hantar macam-macam jenis manusia untuk betulkan kita, ada yang tegur ada yang kutuk. Sabar itu perlu dicari, marah itu perlu disembunyi.

 

Makhluk yang paling membingungkan adalah "Manusia" kerana dia "Mengorbankan Kesihatannya" demi "wang", Lalu dia mengorbankan wangnya demi "Kesihatan".

 

Lalu dia sangat khuatir dengan masa depannya, sampai dia tidak menikmati "Masa Kini".

 

Akhirnya dia "Tidak Hidup di Masa Depan atau pun di Masa Kini"; dia "Hidup Seakan Tidak Akan Mati", lalu dia "Mati" tanpa "Benar-benar Menikmati" apa itu "Hidup".

 

Bersyukurlah apa yang selama ini kita dapati dan kita nikmati. Kerana kita tidak akan tahu, apa yang akan terjadi hari esok.

 

Ketika lahir dua tangan kita kosong. ketika meninggal kedua tangan kita juga kosong.  Waktu datang dan waktu pergi kita tidak membawa apa-apa.

 

Jangan sombong karena kaya dan berkedudukan. Jangan sedih kerana miskin dan hina. Bukankah kita semua hanyalah tamu dan semua milik kita hanyalah pinjaman.

 

TETAPLAH RENDAH HATI seberapa pun tinggi kedudukan kita. TETAPLAH PERCAYA DIRI seberapapun kekurangan kita. Kerana kita hadir tidak membawa apa-apa dan kembali juga tidak membawa apa-apa. Hanya pahala kebajikan atau dosa kejahatan yang dapat kita bawa.

 

Yang baik datang dri Allah jua

Renungan bersama.... motivasi kopi pes dari whatsapp


Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Al-An'am (6:165)

Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter



No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...