Nukilan rasa pada usia 42

 

by Faz Lie on Tuesday, March 29, 2011 at 11:35pm

Telah sampai angka 42 hari ini. apa nak dikata, apa yang boleh nak di kata... tiada apa.. melainkan satu hakikat yang tidak siapa pun boleh mengubahnya iaitu “ sehari umur meningkat sehari ajal semakin dekat” , semalam menjadi sejarah, esok masih satu misteri, hari ini adalah satu kelangsungan, tiada istilah satu kebetulan.

Aku lah si kecil itu lahir bersama tangisan, tangisan yang menggembirakan jiwa seorang ibu, sejahtera lah buat mu ibu. aku sanggup cagarkan jiwa raga aku atas kesukaran itu, jika hari ini itu yang ibu minta.


bukan banglo menyambut kelahiran aku, bukan lantai bertatahkan marmar . sekadar sebuah penempatan sementara tentera, cuma pinjaman ,sementara pulang dari perjuangan. lahir tanpa ayah di sisi,

AYAH, kau di perbatasan mengawal kesejahteraan negara. Kem Tentera Kuala Kubu menjadi saksi. Bertemankan peluru komunis, berkira dengan saat kematian, kecederaan sahabat permainan perang mu. Hanyir darah perwira yang tersimbah, menahan air mata mu mengalir turun menjadi tangisan seorang lelaki.

ayah jika semangat perjuangan itu engkau minta aku teruskan hari ini. aku telah mengerti kini dalam usia dewasa aku. Jika ia tentang perjuangan, akan aku tegah dan cegah kaki ini berundur walau setapak pun. jika aku mungkir dengan janji itu, biar lah aku musnah ditelan bumi di tempat tumpah darah aku.

Aku lah cucu yang sangat dimanjakan. Anak buah yang sering mendapat tempat di hati bapa dan mak saudara. Aku sungguh memahami betapa besarnya erti kasih sayang . Menikmati dengan sesungguhnya kasih sayang itu. langit tidak selalu cerah, Panas tidak sampai kepetang, panas mengumpulkan awan hitam, awan menurunkan hujan, kilat menemani hujan, petir juga sambung menyambung. Tak semua insan di bawahnya menerima kesan dari cuaca alam, hanya aku lah kanak-kanak itu yang lebih memahami erti kesedihan berbanding kegembiraan. Bergelumang dengan bencah kehidupan yang terlalu hanyir dan mual hendak dikiaskan.

Saat mula anak ini dikenal dengan kesunyian, terlalu sukar untuk di hadapi. kesunyian membiarkan ia sendiri tanpa saudara dan teman. Kesunyian bisa mencengam jiwa seorang anak jadi ketakutan, kesunyian mengheret seorang anak kecil itu hilang punca. kesunyian hampir menjebak anak ini jadi putus asa. Kesunyian menghantui ingatan kepada satu kematian sia-sia. Terima kasih alam, kerana akhirnya aku faham sebenarnya sunyi itu indah. Kesunyian adalah waktu dan kesempatan insan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada pencipta tanpa ada satu perantaraan lain.

Aku lah remaja itu, membesar meniti kepayahan kehidupan. Aku lah remaja itu sangat menjaga perasaan ibu dan ayah agar kepayahan mereka tidak ditambah dengan sikap tidak berdikari aku sekiranya ada. Sikap berdikari itu mendewasakan aku sebelum sampai waktunya. Mematangkan aku lebih dari remaja-remaja yang menikmati hidup remaja mereka secara normal. Dunia abnormal itu menyisipkan wajah murung ke atas aku menuju dewasa, terlalu sukar untuk dikikis meski pun berjaya. Akhirnya alam juga membantu melunturkan kemurungan itu, terima kasih alam. Alam adalah Quran terbaik sebagai kiasan. satu kata yang aku dapat tentang alam “Aku lah alam dan alam lah aku”.

Keperitan satu hari aku bernama remaja itu tidak mahu aku kongsi kan. Sebab ia tak dapat diungkap dengan barisan ayat yang boleh dibaca, dan sekiranya ia boleh di baca tiada siapa akan dapat merasa satu kebenaran, satu hakikat. Semuanya terkandung dalam sejahtera yang sangat menggembirakan, aku sujud pada mu pencipta mohon keampunan jika tulisan ini satu kesalahan.

Aku akhiri catatan ini sempena 15,330 hari aku menikmati rahmat pencipta di alam syahadah, iaitu alam insan atau alam nyata. Peristiwa sentiasa datang dan pergi, peristiwa membibitkan rasa, Rasa sebenarnya sentiasa mendidik kepada mereka yang hendak berfikir. Satu perkataan yang aku dapat dari kehidupan “peristiwa semalam menjadi sejarah menjadi Qadarnya, besok masih lagi misteri yang bakal membibit rasa. Hari ini satu kelangsungan akan Qada nya. Tiada istilah kebetulan dalam kehidupan” Wallahualam.

May the best of your past be the worst of your future -

AlifLamYerFer

30.03.2011

 


Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)
Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...