Rekrut TUDM

 Kesah aku lagi "Rekrut TUDM"

by Faz Lie on Monday, August 9, 2010 at 5:36pm

Aku dulu lepas dapat keputusan SPM, ayah & mak aku tanya.. macam mana lie.. kau nak sambung belajar ker atau tak nak.. aku buat pilihan tak sambung belajar... sebab peristiwa ayah jual baja semata2 nak bagi aku duit poket amat meyedih kan aku.. aku rasa bersalah sangat..

aku nak tebus kesalahan aku itu.. tak mungkin aku akan biarkan ayah membanting tulang semata2 nak menyenangkan aku lagi, sedangkan aku rasa aku dah layak membantu ayah n ibu.. kebetulan kakak aku belajar lagi di Politeknik Sultan Ahmad Shah... semua adik-adik aku juga masih belajar di sekolah. .. jadi tekad aku dah putus aku tak akan sambung belajar lagi.

aku tolong ayah menoreh getah setiap pagi.. sambil setiap hari aku baca iklan kalo ada kerja-kerja sesuai dengan jiwa aku dan layak untuk aku mohon.

satu hari keluar di akhbar pengambilan kadet tentera.. aku apa lagi mintaaa.... tapi tak ada jawapan... ada iklan pengambilan konstabel polis... aku pergi cuba nasib di balai polis Tampin.. tapi gagal ujian fizikal... polis yang cek aku tu kata,, aku tak layak sebab tangan aku bengkok..

berbulan bulan lamanya dimana setiap hari aku belek tangan aku yang lurus ni... pelik tul aku ... kenapa polis tu kata tangan aku bengkok... kecewanya aku..

aku mohon maktab penguruaan... sebanyak 3 kali aku mohon, 3 kali aku dipanggil temuduga... satu pun tak lekat... apa punya nasib aku ni..

satu hari aku baca iklan di akhbar pengambilan tentera.. disekolah kgv seremban... aku pergi cuba nasib.. aku lupakan tangan aku yang bengkok... aku nak cuba juga...

sampai de sekolah KGV ada lebih 400 remaja termasuk aku nak mencuba nasib... ujian bermula... ujian bertulis aku lulus... ujian fizikal ... ala tentera... aku lulusssss.... cuma 15 orang dari 400 orang yg lulus... semua yg berjaya disuruh pulang, dan menunggu surat jawapan denga waran tiket.. kepada yg tak berjaya.. abang tentera tu suruh mencuba dan jangan putus asa..

misteri tangan bengkok aku terurai...puasss lah aku fikir.. kenapa polis tu kata tangan aku bengkok.. akhirnya aku buat kesimpulan.. mungkin abng polis tu tak mahu aku jadi polis.. memandangkan kelulusan aku bolehlah dikatakan ok... walau tak sebaik orang lain..

aku terus bantu ayah menoreh untuk menyekolahkan kak long & adik-adik. .. satu hari aku dipangil oleh pak sedara aku untuk kerja kerani di syarikat transport di seksyen 15 shah alam.. bermula kerja aku sebagai kerani operasi... menjaga draver lori ... sungguh mencabar.. mejaga insan2 degil dan ganas.. mencorak kan diri aku jadi keras hati dan brutal..

baru sebulan kerja sebagai kerani.. aku dapat waran tiket dari kementerian pertahanan kementah.. perjalanan dari stesen Tampin ke Ipoh.. tertera di dalam tiket "Bakal Calun Rekrut TUDM"... argghhhh terharunya aku... aku berjaya dipangil untuk rekrut di Ipoh.....

Tapiii aku dah kerja kerani ni.. macam mana erkk... aku balik kampug.. tanya pendapat ayah... ayah kata"ayah ni bekas tentera lie, buruk baik dalam tentera ayah paham sangat, kalo ko nak pendapat ayah.. ayah rasa biar lah ko kerja kerani cabok jer, dari masuk tentera tu.."

serba salahnya aku... tapi aku mesti dengar nasihat ayah.. sebab ayah cagarkan nyawa dia untuk besarkan aku.. mesti pilihan nya itu adalah pilihan yang tepat untuk aku.. aku photostat waran itu.. dan pulang kan kembali kepada kementerian pertahanan...

alhamdulillah hari ini , akibat aku mendengar nasihat bapa aku,, aku ada profesion... walaupun suatu masa dulu, tidak pernah termimpi oleh aku nak menjadi Juruaudit..Wallahualam

ada satu ungkapan yang aku dapat dari kehidupan ' KADANG KALA APA YANG PENTING DALAM KEHIDUPAN BUKANLAH, BAHAGI MANA SESUATU PERKARA ITU BERMULA, TAPI YANG AMAT PENTING BAGAIMANA SESUATU PERKARA ITU AKAN BERAKHIR" JADI JANGAN PUTUS ASA KERANA SESUNGGUHNYA ORANG YANG PUTUS ASA TIDAK PERNAH BERJAYA SEDANGKAN SEBENARNYA ORANG YANG BERJAYA TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA"

aku dan ayah




selingan kesah qurratu aina

Semakan semula UPSR 2013.. pesanan untuk Qurratu Aina, jgn sedih2. Kalau tak berjaya selepas semak tak ape. Jangan sampai keputusan final tu mengubah siapa dia Qurratu Aina. Masa depan kite tidak ditentukan dgn upsr dpt 4a1b ke dpt 5a. Mase depan kita ditentukan oleh didikan yg ibu dan ayah yang telah terap dari kecik. Bile aina keluar ke kehidupan sebenar selepas ini, kalau aina masih pegang kepada didikan baik ibu & ayah, insyaAllah aina boleh jadik org yg berjaya. 

Tapi kalau aina keluar, terpengaruh dgn kwn2 yg tak baik, gagal juga mase depan walaupun upsr dapat 5A. minta di lindungi dari perkara2 yg tidak baik..ok.. No worry aina. No worry. Jaga jatidiri, rajin usaha insyaAllah aina boleh jadi ape yang aina nak. Jgn pandang ke atas aina, kawan2 yg dapat 5a, pndg kwn2 yg dpt 3a2b dan yg lain2. Untunglah aina sbb aina dpt lebih baik dari mereka & bersyukur lah dgn ape yg aina dpt. Redo dan ikhlas menerima ketentuan pencipta setelah kita berusaha..










No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...