Aku Kah Ini

21 Mach 2010 at 23.00


Aku tuliskan kisah benar hidup aku,
Monday, Oct 17, 2005

Aku kah ini,

Aku kah ini, seorang anak pada suatu masa dahulu sama-sama turun menoreh getah, sama-sama bergelumang dengan busuknya getah beku, menahan hidung setiap kali menyarung busuknya baju kerja yang sebahagian dari fabriknya telah diselaputi getah kering dijemur mentari. Hanya demi membantu untuk sekolahkan kakak dan adik-adik.

Aku kah ini, menangis sedih atas pengorbanan ayah, berwajah muram atas penderitaan ibu. Si wajah murung yang sering dirundung malang, tak mengenal nyanyian indah, tak mengenal erti merdunya irama. Yang hina itulah aku, yang susah itu lah aku, yang di keji itulah aku, yang sopak bernanah itu lah aku, yang busuk dan jijik itu lah aku.

Aku kah ini, anak yang suatu masa dulu amat mengerti erti kesusahan, mengerti erti kelaparan mengerti maksud tangisan. Haah!! kata nista yang masyarakat lemparkan, amat mual di pendengaran adalah muzik aku. Aku lah keluarga si gila itu, aku lah si kera sumbang, aku lah keluarga yang tak pernah sehat dari pandangan kau.

Aku kah ini, anak yang tertipu dengan kerakusan kejahilan dunia, anak yang menjadi mangsa kedengkian, ketamakkan, iri hati dan haloba. Anak yang menjadi mangsa masyarakat cetek ilmu pengetahuan, kuat bertahyul dan kurafat. semuanya menjadi bencah kehidupan

Aku kah ini, anak yang hampir putus asa atas hukuman kehidupan. Anak yang sentiasa diselimut ketakutan. Anak yang sentiasa dibayangi kematian. Anak yang merasakan tiada penghujung sebuah kehidupan. Anak yang kecewa, anak yang sengsara dan menderita.

Meniti titisan usang (Search)

Kertas putih salju
ku coretkan kedukaan ku
hitam dan kelabu
adalah warna dalam hidupku

kejutkanlah aku kawan
aku sedang bermimpi
kejutkanlah aku
yang sengsara dalam mimpi

gementar kaki ku
meniti titian usang
berdegup jantungku
apakah dapat ku ke seberang

sambutlah tangan ku kawan
aku takut tenggelam
sambutlah tangan ku kawan
jurangnya sangat dalam

jurangnya sangat mengerikan
ramai yang telah kecundang

dia sedang menunggu
untuk memimpin ku
di seberang sana
adanya cahaya

Aku kah ini

ya!!! ini lah aku. yang diselamatkan oleh IMAN dan ISLAM. satu pegangan dan satu cara hidup. Sehingga ke suatu ketika, aku disedarkan oleh seorang yang berilmu (mengetahui), katanya - itulah ujiujian, jangan lah mengaku beriman sesaorang selagi ia tidak didatangkan ujian. Kata kunci ini aku pegang erat, pembuka minda aku yang selama ini beku, sedih dan tak berhaluan.

Aku kah ini

Ya!!! ini lah aku, yang telah berjaya menempuhinya. aku kini lebih memikirkan, sekiranya selepas ini aku diujji pula dengan kesenangan, adakah aku mampu mengharunginya? takut!, apakah aku akan berjaya dengan cemerlang sebagaiman aku berjaya melalui perjalanan penderitaan yang amat pedih itu. Lalu aku tadahkan tangan berdoa " Janganlah sesekali kalau aku dilupakan ya Tuhan, setiap deitk penderitaan yang pernah aku lalui itu. Biar ia menjadi satu kenangan indah. Ia menjadi satu sempadan yang boleh aku titip menjadi ubat. Penawar yang paling mujarab".

Aku kah ini

Ya!! aku lah ini, yang hari ini teguh dengan pendirian ilmu dalam agama aku. Aku lah ini memanjatkan kesyukuran kerana derita aku tidak sehebat penderitaan anak-anak bosnia. Derita aku tidak sederita anak-anak terselamat dari magsa stunami. Derita aku tidak sehebat derita anak-anak di Irak, Afganistan, Pakistan atau mereka-mereka yang lebih menderita. Derita aku tidak sederita meraka yang medapat liputan dalam rancangan mencari kasih.

Aku kah ini

Ya!!! ini lah aku, yang hari ini mampu untukk menulis, mamtu untuk berkongsi cerita, mampu untuk sama-sama mencari sempadan, untuk satu kehidupan yang lebih bahagia. Itulah makna kepada serangkap kata yang aku dapat. "Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah tapi ia terlalu manis untuk di kenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hiup dalam kenangan. Masa depan yang cerah berdasarkan pada kesukaran masa lalu yang telah dilupakan, hidup ini indah jika kita tahu menghargainya".

Aku kah ini, seorang anak hingusan dulunya, tak mengenal dunia yang ada di luar tempurung, siapa yang peduli siapa aku di bawah tempurung ketika itu, dan tak siapa juga peduli siapa aku ketika ini. Terus aku melangkah bersama perjuangan hidip aku. Aku tau aku ialah mekanisma kehidupan, walaupun aku tak berupaya membuat sesuatu yang boleh dikenang oleh semua orang, tetapi tentu ada insan yang bahagia disebabkan kehadiran aku dulu dan kini. Cukuplah.

Aku kah ini, seorang anak felda (Feda Bukit Rokan Utara) yang pernah mengikuti rombongan sekolah dahulunya ( 1980), terpersona dengan keupayaan teknologi di hadapan muzium sains UTM KL. Dengan sepontan dan perasaan terharu aku menadah tangan memohon sesuatu pada mu yang maha esa, agar diperkanankan suatu hari nanti, tempat ini akan menjadi tempat seterunya aku menimba ilmu.

Maha adil kau ya tuhan walau aku bukan anak yang genius (luar biasa bijaksananya) tapi hari ini aku adalah bekas pelajar di fakulti Sains Komputer UTM KL. Teringat aku ungkapan pujanga, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Ingatan aku pada doa yang aku panjatkan itu amat segar, sesegar jasad dan roh aku bersatu, demi mencari satu mertabat insan daripada martabat hamba. bangga nya aku jadi sebahagian dari warga felda, bangga aku makin menjadi-jadi sejak mawi jadi pujaan ramai, world

Wajah (Jaclyn Victor)

Berbumbungkan angkasa kelabu
lantainya bumi retak seribu
setiap langkah perjalanan mu
beronak berliku

bertapa berat mata memandang
berat bahu menggalas bebanan
belum sempat meniti ke pipi
tangisan kering sendiri

berkali tersungkur
pandangan mu kabur
namun azam meneruskan hidup
tak pernah luntur

engkaulah perwira
di medan derita
merantasi rajau kehidupan
dengan harapan

Engaku perwira
di medan deirta
merentasi ranjau kehidupan
dengan harapan
luahan rasa derita jiwa
pada wajah tiada rahsia
menunggu malang berganti tuah
usah kau berputus asa



  • MUHASABAH DIRI (fazli)
Atas bumi bawah langit mu
aku hidup atas nama mu Ya Rahim
aku hidiup atas zat mu ya rabbi
aku hidup atas janji mu yang
menghidiupkan mati ku
aku hidup atas ad-din mu 
yang memandu ku
ke lorong-lorong mahmudah
meluluhkan sisa-sisa mazmumah

Ya Rahman
aku yang pernah kau murka
aku yang pernah kau duga
aku yang pernah tersesat
dalam dunia alpaku
aku yang pernah lalai
dalam akal jahilku
aku yang pernah hanyut
dalam arus deras 
yang mengalirkan ku ke muara duka

Ya Malik
aku hidup atas sedar ku akan wujud mu
aku hidup atas tahu ku akan lihat mu
aku hidup atas waras ku akan dengar mu
fana ku atas hakiki mu
hina ku atas suci mu
kerdilnya aku atas kebesaran mu

Ya Allah
Hidup ku atas bumi bawah langit mu
mati ku antara syurga dan neraka mu

Tiada tangis lagi 

Cebisan wajah hidup zaman 70an



Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...