Tiga Ikan Tiga Masakan Tiga Rasa

Tiga Jenis Ikan Tiga Jenis Masakkan Tiga Jenis Rasa


14 Mac 2012 jam 11:04 PTG
Bismillahirahmanirahim

Malam ini aku ingin menulis lagi, cetusan daripada peristiwa aku makan tenggahari tadi di bandar Kuala Lipis. Tenggah hari tadi pengurus ladang bawa aku dan seorang rakan makan kat kedai tu. Rasa masakannya memang puas hati sesangat.

makan berhidang biasa jer, tapi lauk ikan nya mengingatkan aku kembali kepada kehidupan lampau aku. Kalau dipejabat atau dirumah memang kebiasaan harian aku tenggahari tak makan nasi, biasanya aku mengeteh (minum teh tarik) je. tapi bila outstation , sebagai tetamu aku tak mau jadi seorang yang cerewet, itu tak boleh ini tak boleh, itu tak nak ini tak nak.. jadi biasanya aku layan kan jer makan tenggahari

memang kebiasaan kalau aku makan tenggahari di projek, nasi nya lebih kurang sejemput lebih sikit je, kalau dah siap dihidang dalam pinggan, aku akan mengurangkan nasi tu ke dalam bekas asal atau pinggan kosong lain. dan biasanya yang susah nafsu aku nak tolak adalah perlbagai jenis lauk yang sedap-sedap dihidangkan bersama.

tenggahari tadi ada sayur, ada ulam, ada sambal belacan, ada tiga jenis ikan dengan tiga jenis masakkan, ikan merah masak asam pedas, goreng ikan kerisi merah & kepala ikan tenggiri masak kari.

Mula lah makan, mula aku ambil sayur taruk dalam pinggan, lepas tu ikan merah, ikan tenggiri & ikan goreng kerisi. penuh juga pinggan aku akhirnya. Aku suap pelan-pelan supaya tempoh aku aku habis makan, sama dengan kengkawan lain satu meja yang makan bersama. Aku cuba elakan cepat habis makan, sebab nanti kang macam-macam lagi kena pelawa makan.


Hari ini aku rasa ikan yang aku makan sama banyak atau lebih banyak dengan nasi yang aku makan. Sedang aku menyuap ikan ini tetiba ingatan aku teringat ketika suatu masa dahulu. Masa aku membesar dari berumur tujuh tahun sehingga lah aku dewasa hari ini.

Dahulu selepas mengikut emak ayah aku berpindah di Felda sebagai peneroka, kehidupan memanglah agak susah. Sekitar tahun tujuh puluhan hingga lapan puluhan adalah proses aku membesar dari kanak-kanak kepada dunia remaja. Jadi aku ringkas kan cerita kehidupan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang lah juga. Nak ceritakan lagi kesukaran hidup tu, kadang kala sekali sekala ada jugak lah juga keputusan beras, tapi belum pernah lah kebuluran pula. Ia lah hidup menyemai bakti pada bumi, sekurang-kurang nya bila tak ada beras, lepas juga mengisi perut dengan makan lempeng ubi, rebus ubi, pengat ubi dan lain lain le.

Jadi biasanya bila awal bulan beras memang beli stand by je untuk sebulan dari kantin felda atau disebut sebagai kedai PNF atau yang terbaru dikenali sebagai kedai D’Mart. Selain beras tak lupa barang dapur asas dengan bawang merah, bawang putih, asam, garam dan lain lain. Stok yang saling tak pernah lupa setiap bulan adalah ikan masin genting leher.. hahaiiii lawak pulak aku teringat semula dengan nama ikan masin ni. Sayur-sayuran boleh ambik sekeliling rumah atau kat kebun getah(pucuk paku,rebung).

Bila sebut ikan masin aku teringat pulak satu peristiwa, suatu hari tu aku masih di darjah dua, aku dah sarapan pagi nak pergi sekolah. Aku pergi sekolah dengan anak jiran sebelah, aku pangil dia ‘awan’ jer nama betul Shahwan. Adik beradik dia sepuluh orang keturunan melayu jawa. Sembilan dari adik beradiknya adalah lelaki sorang je perempuan. Aku tunggu dia makan kat depan tanga dapur rumah dia, sambil tu hidung aku terbau goreng ikan masin. Bau goreng ikan masin sangat sinonim dengan kehidupan aku tika ini.  Aku selalu terdengar mereka adik beradik bertengkar masa makan sebab berebut lauk.. hihi... jadi hari ni bila dia (awan) keluar dari pintu, aku tanya lah kau makan lauk apa awan. Dalam pelat jawa dia jawab, huh makan lauk ginca(gaul) kuali je. Hahaha aku gelak, keluarga dia yang dengar jawapan dia pun semua gelak terbahak-bahak. Lepas tu mak dia cakap apa tah dalam bahasa jawa dengan dia aku pun tak paham.

Sebenarnya aku pernah tengok mereka makan, bila goreng ikan masin, minyak yang mengoreng ikan masin tu akan jadi kuah kepada nasi dalam keluarga beradik mereka, oleh kerana tak cukup kuah ada yang sanggup masukan nasi dalam kuali lepas tu gaulkan dalam kuali sampai minyak kuali itu melekat pada nasi putih lepas tu makan. Itu yang timbul istilah lauk ginca kuali tu..hihi

Itu cerita salingan le.....Jadikan., gitu lah rutin makan aku anak beranak, keluarga jiran yang lain, lebih kurang macam tu lah juga. Masa zaman getah harga murah aku rasa tak ada warga Felda yang mewah makan masa tu, kecuali kalau ada pun keluarga yang datang dari keluarga berada(kaya) dari kampung berhampiran yang ada ternak kambing,lembu atau kerbau. Kalau nak makan ayam, adalah sekali sekala je, sembelih ayam yang di ternak sendiri.

Bab makan ikan laut ni boleh dikira dengan jari sepanjang satu bulan tu. Atas kesedaran itu terdidiklah aku, bila emak ayah beli ikan aku akan sangat berjimat makan lauk ikan. Cuba bayangkan ikan selar kuning yang sebesar tiga jari tu, haah yang itu lah, kalau digoreng aku mampu makan ikan itu seekor dengan menghabiskan sepingan nasi, kalau selera aku datang tambah lagi sepingan nasi tapi ikan nya itu lah juga, aku cubit sikit demi sikit ambil bau je.. hihi.. tapi aku ni memang bukan jenis pemakan pun sejak kecil.. hingga umur aku 23 tahun pinggang aku cuma berukur lilin 25 inci jer.. genting..hahaiii

Dulu masa hidup di Felda kalau balik kampung nenek sebelah ayah aku ( nenek sebelah emak dah tak ada) kat seremban pun rasa nya lima tahun sekali baru balik. Setiap tahun kami sekeluarga akan beraya di Felda je. Kalau dapat balik kampung nenek tu rasanya macam dapat bercuti di tempat pelancongan  terkemuka lah rasanya jiwa aku ni. Kat rumah nenek kalau masak, lauk ikannya besar-besar.. hahaha.. ikan kembung aje pun..

Jadi satu kali tu aku balik kampung bersama ayah dua orang je. Masa makan tenggahari nenek letak kan aku ikan kembung dalam pinggan aku, aku kata kat nenek.. wuii besar nya ikan ni nenek. Nenek kata, makan je lah. Macam biasa ler aku makan nasi dan bila bab makan ikan macam rutin aku biasa le..sangat berjimat, Aku cubit ikan itu sikit-sikit ikut kebiasan aku makan.. aku hisap setiap inci tulang ikan.. aku nikmati setiap inci kelemakan rasa ikan itu. Nenek aku rasa pelik, pak teh aku rasa pelik, mak su aku rasa pelik, datuk aku tengok rasa pelik dan semua bapa saudra aku yang lain juga rasa pelik lihat telatah aku.

Nenek sound kat ayah aku.. apo anak kau ni ‘Sah’ (Mohd Shah) tak tau makan lauk ghupo ehhh. Nenek sound aku pulak.. cubit lah besar-besar sikit ikan tu, banyak lagi ikan tu ha nenek goreng.. hihi aku cuma malu tersipu-sipu dan senyap tak tau apa nak jawab. Mak su aku menyampuk,, entah kau ni lie suap lah besar-besar sikit ikan tu. Ayah aku je tolong jawabkan.. emmm memang rasmi makannya gitu mak (nenek) , lie tu tak pandai makan lauk. Kesah tu habis gitu saja.. menjadi rahsia hati aku, aku simpan ia seusia umur aku.. moga di cucuri sebesar-besar rahmat atas roh nenek dan atok aku.. yang sangat menyayangi aku...

Zaman terus berlalu dan berubah, tabiat berjimat makan itu hilang akhirnya pada satu perjalanan panjang. Ia semakin pupus hari demi hari bermula apabila aku merantau berkerja keluar dari kesusahan hidup dikampung, masuk ke alam rumah tangga, masuk ke alam ada berprofesion sebagai profesional. Cara makan pun dah up (meningkat) sikit.. hahaha layak ke aku kata gitu... tiga zaman.. zaman kanak-kanak sangat berjimat ketika makan ikan.. zaman remaja dah pandai makan ikan lebih ketika membesar di asrama... zaman dewasa aku telah rasa pelbagai jenis ikan.. tengahari tadi aku dah makan ikan melebihi makan nasi.. atau makan ikan lagi banyak daripada makan nasi...

Tiga zaman , tiga jenis ikan, tiga jenis masakan, tiga rasa... aku hadapkan wajah ku kepada mu pencipta, sujud ku dengan sebenar-benar sujud.. atas nikmat yang kau beri.. aku terharu, reda dan mengakui islam adalah agama suci dan agama sebenar untuk sekelian alam


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmatmu tuhan
Tiap jejak yang bertapak
Debu kejahilan
Akanku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi
Hanya Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Ku dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon ma’rifat
Moga dapatku berteduh di rendang kasihmu
Ya ilahi rabbi
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku menanam redhamu
Namun masihku mengharapkan keampunanmu
Ya Allah....
Aamin.



AlifLamYerFer
14Mac2012 11.03


Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...