Aku yang telah mati hidup kembali

 Kisah benar aku hari ini, Aku yang Mati hidup kembali

16 ogos 2010 Isnin, bersamaan dengan bulan Ramadan bulan islamnya, iaitu bulan mulia bulan berpuasa. tengahari tadi sedang aku buat kerja di Ladang Felda Serting Hlir 8, tiba-tiba datang seorang abng berumur dalam lingkungan 50 an,. orang yang sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak gemuk.. aku dapat angarkan saiz badan dan tinggi nya sama besar dengan aku. Agak handsome jugak, aku pun tak fikir dia berumur 50an, dalam fikiran aku , aku mengandaikan dia  hanya sebaya dengan aku atau mungkin lebih sedikit umurnya.

dengan membahasakan dirinya sebagai pak cik, dia datang kepada aku, dan terus cakap dengan aku , katanya aku ni saling tak tumpah seperti wajah adik lelaki dia yang telah meninggal 15 tahun yang lepas, adik nya meninggal lemas ditelan oleh sungai ketika sedang mencari ikan. mulanya aku ingat dia nak berlawak.. aku pun cakap ngan dia, "mesti saya ni lagi handsome dari adik abang yang dah meninggal tu" hahaha.. diketika ini ada dua tiga orang  kakitangan pejabat (ruziatul huzariah, rozimah, rozzaini)yang tumpang dengar perbualan..

 Tapi tak habis bergitu jer.. abang tu sambung bercerita dengan bersungguh kepada aku...pagi tadi ketika pertama kali dia terpandang aku ketika menyapu dikawasan pejabat, dia kata dia tergamam, batang penyapu yang dia pegang terlepas dari gengaman. dia langsung tak percaya dengan apa yg dia lihat... dia seolah merasa adiknya yang telah mati itu kini hidup kembali.. dua tiga kali dia cuba meyakinkan diri dia bahawa apa yang dia lihat depan mata dia ini adalah benar... dia tak jadi meneruskan kerja dia... dia terus balik kerumah dan bagi tau isteri dia.. dia melihat adik dia yang dah mati dulu kini hidup kembali..  isteri nya marah dan minta supaya dia tak buat cerita yang mengarut macam ni... dia datang semua ke pejabat dan amat bertekad untuk menegur dan bersembang dengan aku.

 Semua ini dia ceritakan dihadapan aku dengan linangan air mata .. aku jadi slow dan aku pulak tergamam, terus aku hulurkan tangan dan berjabat tangan dengan abang ni, aku tanya nama, aku tanya umur, aku tanya asal dari mana , aku tanya adik beradik, aku tanya keluarga dia ketika ini, aku tanya tempat tinggal dia ketika ini., aku tanya pekerjaan dia diketika ini.. semua jawapan yang aku dapat, dapat aku andaikan abang ini memang seorang yang waras akal fikiran dia...

 nak gi berbuka .. kejap lagi aku cuba sambung kesah benar ni..  

ok,,, i come back again..  continue my true story

arghhh buka hari ni pengurus belanja... dah tak tau mana nak isi dalam perut aku ni,, senak jer rasa...

 abang yang membahasakan diri nya sebagai pak cik  kepada aku itu sambung ceritanya  lagi.... dia tetap nak membahasakan dirinya sebagai pak cik, walau dah dua tiga kali aku pangil dia abng.. apa dia ingat aku ni muda sangat ker... hehehe.... maklum lah umur aku pun  baru nak masuk 24 taun...

 abang tu kata, dalam dua tiga minggu ini, ingatan kepada adik nya sentiasa dalam fikiran dia, kerinduan pada adik nya menebal dalam hati dia... sehingga terlafaz kata-kata kepada isterinya, alangkah bahagia jika ia dapat dipertemukan kembali walau seketika...  tiba-tiba hari ini dia dapat melihat adik dia didepan matanya....dia terlalu rasa gumbira yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata..

 lagi katanya... dia seperti berada didalam alam gemilang nya suatu masa dulu, seperti berada di  dunia muda nya ketika ia berhadapan dengan aku ketika  ini,, tidak pernah terfikir di fikiran dia, dan tidak terjangkau oleh fikiran dia, yang dia akan bertemu kembali dengan adik dia seperti tika dan saat ini.. maakk aiii meremang bulu tengkok aku,,, dalam hati aku.. tidak kah abang ini mellihat bertapa besarnya kebesaran pencipta.. diberinya nikmat tidak terhingga kepadanya...aku terfikir lagi, tidak kah dia merasa satu didikan yang sempurna sedang disalurkan terus kepadanya oleh pencipta.. atau adakah ini satu didikan untuk aku sebenarnya... wallahualam

 ketika abang ini dalam keadaan terharu, gumbira yang teramat sangat,, aku teringat pesanan arwah din beramboi... kata din kepada aznil...kalo orang menangis, coba bawa mereka ketawa.. sebab apabila kita  hanya sekadar menunjukan  simpati, pasti tidak akan membantu apa-apa...

 aku ketawa kuat-kuat, aku kata pada abang tu,, biar benar abang ni.. mana ada orang dah mati boleh hidup semula.. ini dan macam cerita dongeng pulak ni.. hihiiii.... abang tu tak kecik hati pun dengan ketawa aku, dia sekadar mengelap air matanya sambil bagi tau, dia tak boleh tahan kesedihan pada ketika ini...  dia duduk hampir kepada aku,, sambil mata nya tak mahu melepaskan wajah aku dari pandangan matanya... lalu berkata lagi... sikit jer beza wajah aku dengan wajah adik nya... adik nya ada tahi lalat kat bawah kiri dagu.. sedangkan aku ada tahi lalat di atas kanan pipi... sambil wajah nya yang hampir tersenyum... hahaiii... gelagat dan pengakuan lelaki yang kelihatan macho ini buat aku ketawa lagi...

 lama dia duduk mengadap aku,, aku berfikir sejenak, kata-kata apa yang paling sesuai untuk aku perkatakan... lalu kata-kata dari aku... abang, abang kena perasankan bahawa semua ini semuanya atas kekuasan pencipta... nak dapat ... mintak jadi.. atas lafaz abang... pencipta makbulkan... itu bukan suatu yang mudah diperolehi oleh semua orang... semua ini suatu misteri, misteri kehidupan... aku sambung lagi..

 jadi macam ni lah bang,, atas begitu besarnya sayang dan  pengasihnya pencipta itu tadi, mengapa tidak kita kenal kan betul siapa pencipta kita yang sebenarnya...  dan cara kita nak mengenal pencipta kena lah kita  mengenal diri kita dulu... kita dulu masa kecik dibekalkan dengan fardu ain, tapi bila dah dewasa ni kita kena tuntut pula fardu kifayah... kalo kita tak tau kena lah cari tau... kalo dah tau, kena lah bagi tau, walau sepahit jadam... betul betul betul... itu lah kata-kata yang terkeluar dari mulut abang tu..  tak tau ler sejauh mana dia paham atas apa yang aku perkatakan...

 dua tiga kali abang ini mengulangi cerita dia seperti semua diatas., dengan mata nya tak lepas dari merenung wajah aku...aku cuba mejadi pendengar yang baik... memang aku biarkan dia menikmati wajah adik dia (wajah aku lah tu) yang dia impi-impikan untuk bertemu semula selama ini...abang tu ajak aku berbuka kat rumah dia, dia dah maklumkan dengan isterinya... tapi aku tolak dengan baik,. aku kata pengurus dan janji nak buka sama kat bahau...aku kata padanya, lagi pun aku datang dengan kawan....

 akhirnya, mungkin setelah puas,, abang ni mintak diri, sebelum dia beredar dia maklumkan pada pengurus ladang, kepada haimi, husain mat yang berada dalam bilik meeting sebelah bilik komputer ini, tentang penemuannya dengan adik nya yang telah meninggal tapi hidup kembali, yang dimaksudkan  ialahi aku 

 sebaik dia keluar dari bilik komputer itu, aku terus bertanya kepada yang berada di dalam bilik ini... pertanyaan saya yang pertama pada u all...  adakah abang ini seorang yang berfikiran waras atau sebaliknya... jadi semua mengakui abang ini memang tidak ada penyakit mental....   argghhhhhhhh  misteri apakah ini, aku bagaikan berada didalam pentas drama buat seketika...

 semuanya atas didikkan engkau ya rabi, ya latif, Bismillah ya hayun ya kayumm... 

 yaaa rabbiii, bahawa sesungguhnya aku  pembawa nur(yun mandi yun) itu atas izin mu...  .. aku yang mana?..qul huallah hua ahad.. malik( yang memberi didikan)...

 

Kalau hidup tak mengenalkan diri tak ubah bagai dahan mati yg tegak berdiri..hiasan sementara menanti tumbang tanpa erti . ngaji pertama mengenalkan kalam..munajad ilham bahasa alam..terdengar alam bernada tasbih...zikir memuji tidak pernah habis 

aliflamyerfer

No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...