Puisi Buat Mu Fuji


Hari Itu Aku Letihkan Diri
Terbang Ke Matahari Terbit
Memecah Normal Kehidupan
Keluar Dari Tempurung
Aku Letihkan Minda
Aku Letihkan Jasad
Untuk Mencari Satu Pertemuan
Dengan Satu Lagi Mekanisma Kehidupan

Ada Jodoh Kita, Dipertemukan
Wajah Gembira Mu Menyahut
Menyambut Semua Tetamu
Berjalan Aku Di Kaki Mu
Mendaki Aku Di Dada Mu
Menyusuli Liku-liku Bahu Mu
Ditiup Angin Sejuk
Meresap Dingin Ke Sum-sum
Menguji Jasad Dan Tekad

Setiba Di Puncak Itu
Samaq Mata Melihat
Basar Telinga Mendengar
Kalam Kelu Lidah Berkata
Pancaindera Lain Turut Merasai
Bakti Mu Amat Menjunjung Kasih
Indahnya Wajah Sergam Mu
Kau Antara Yang Paling Besar
Kau Antara Yang Paling Tinggi
Perkasa Berdiri, Megah Dan Gagah

Perlahan Bergerak Lelah
Terus Sahaja Aku Menghampiri
Dalam Mencapai Puncak Mu Fuji
Terlintas Atas Kewaransa Fikir Aku
Menitip An Quli Sahabati Ajmain
Aku lah Khalifah Itu
Mendengari Akan Tasbih Mu
Yang Tiada Pernah Berhenti
Sebagaimana Tiada Berhentinya Rahmat Tercurah
Seperti tiada berhentinya Roh Idofi Menziarah
Semenjak Kau Mula Di Kenali Insan
Tasbih Mu Se Awal Usul Mu

Di Awal Subuh Itu
Dalam Usaha Menghampiri
Baru Sejenak Sahaja, Kelihatan Sergam Mu
Untuk Ke Sekian Kalinya
Aku Melihat Kebesaran Pencipta Kita
Tiada Tandingannya Tiada Terhingga
Atas Kecantikan Mu, Keindahan
Atas Tersergam Mu, Kegagahan
Atas Ketinggian Puncak Mu Fuji
Atas Tahunya Akal Fikir Ku
Memahami Watak Peri Laku Batu
Aku Titip Menjadi Tauladan & Sempadan
Memang Terasa Bertapa Kerdilnya Aku
Selayaknya lah, Aku Bersujud Pada Pencipta

Gunung Guji
Kau di puja, di puji dan terpuji
Dengan Tiada Berbelah Bahagi
Aku Akui Dan Menyakini Bahawa,
Segala Puji-pujian itu
Hanya Layak Buat Maha Pencipta

Ada Rindu Di Hati Ku
Ada Indah Di Puncak Mu
Dari Lumpur Di Kaki
Ke Persada Dunia
Lafazkan Bismilah

Nukilan rasa Fazli - sambungan dari Puisi buat mu Kinabalu

















BIL






Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...