Happy Fathers Day 2021

Selamat Hari Bapa(kesah benar dalam kehidupan aku)

by Faz Lie on Sunday, June 20, 2010 at 1:04pm







Ibu kau guru pertama

sejak aku di alam rahim
Ayah kau guru terulung
azan pertama mu di telinga kanan
Qamat pertama mu di telinga kiri
nyatalah aku anak lelaki
wira hati mu
menitip satu persatu
kepada ku erti kehidupan
sedikit demi sedikit
bangkit lalu membukit
mewarisi perjuangan mu
 Kesah aku , penghargaan buat Ayah
Alfatihah buat Arwahyarham Mohd Shah bin Taib

Lima Ringgit Tahan Sebulan

Hari tu hari ahad, aku sedang bersenang lenang di asrama. aku dikejutkan oleh pangilan dari kawan bilik, maklumkan aku ibu dan ayah aku datang.

peghhh gumbiranya rasa hati, duit poket memang dah tak ada ni, asik menempel dengan kengkawan jerr... aku sebagai anak peneroka ni, terlalu pandai berjimat sebenarnya..hihi

macam biasa gi jumpa ibu dan ayah , sembang ler apa yg patut, biasanya banyak sembang dengan ibu je, dengan ayah tidak berapa sejak azali.. tak tau apa sebab, tapi perasaan gerun ngan ayah ni, pengering ala tenteranya memang aku kenal sejak kecil.. terbawa-bawa dengan sikap tenteranya ler tu... kurang komunikasi...

time nak balik, ibu hulur ler duit sikit, untuk bekalan duit poket aku selama sebulan lagi.. ibu cerita ler sikit usul duit tu... musim luruh, pokok getah memang kurang susu getah... tambah dengan musim hujan... sebenarnya ayah ko lama tak menoreh. memang tak ada pendapatan pun, kalo ada sikit-sikit pun nak tampung kak long dan adik-adik lain sekolah...

abis tu, mana dapat duit ni.. aku tanya ibu... ayah ko jual baja yang felda bekal kan untuk tabur kat ladang.. aku ibarat kena penampar jepun dengan kata-kata itu... aku kenal sangat dengan ayah aku yang lurus dan berdisiplin ... di tak akan buat perkara-perkara menjual baja begini... tak pernah aku dengar..

tapi kenapa dia sanggup buat hanya kerana nak bagi aku duit poket.. tidak kah dia tahu aku lebih mementingkan kebahagian dia dan ibu , daripada kebahagiaan aku sendiri... aku memang telah pun menangis, aku tahan pada wajah aku,, aku tak nak tunjuk kesedihan aku kepada ayah dan ibu...

sebaik jer ayah dan ibu bergerak pergi untuk balik, aku meluru pergi ke bilik air... aku terduduk dalam bilik air yang aku kunci dari dalam.. air mata aku tidak dapat aku tahan.... aku menangis sepuas hati aku.... duit itu aku gengam erat.... tekat dalam hati aku... aku tak akan belanjakan walau se sen pun sehingga cukup bulan seterusnya...

lama betul aku dalam bilik air.... sehingga betul-betul kesedihan aku reda baru aku keluar....duit aku simpan dalam almari/loker... langsung tak tergamak aku nak belanja walau se sen pun.. ... tapi akhirnya aku belanja kan juga untuk bayar yuran-yuran pelajaran di sekolah .

tak siapa pun tahu aku tak berbelanja selama sebulan... aku menyepikan diri dari kawan-kawan... dan aku mengenali tentang erti kesepian,, kadang kala sepi itu memang indah...

semalam 19 jun 2010 aku balik dari Kota Tinggi, memang bercadang nak jumpa ayah. aku drive sendirian, peristiwa ini datang kembali mengimbau kenangan... dan aku sentiasa ditemani air mata bila kenangan ini mengamit di dalam hati aku.. sama juga dengan air mata aku yg sedang mengalir tika menulis kesah ini..

Alhamdulilah aku bertemua ayah semalam yang telah berusia 70 tahun tapi masih gagah berdiri dan bergerak...sebenarnya peristiwa ini juga, menjadi sebab kenapa aku tidak mahu sambung persekolahan setelah tamat tingkatan 5, aku nak berkerja cepat dan cepat dapat aku bantu ayah menyekolahkan kak long dan adik-adik..

atas kasih sayang , maha kuasa pencipta....akhirnya , walau pun lambat... aku juga ke menara gading seperti insan lain yg berjaya, walau tak sebaik insan lain tapi aku dapat ilmu mu, menyempurnakani cita-cita aku seperti apa yg aku impikan... wahai pencipta... alhamdulillah

aku tidak bercadang untuk berkongsi kesedihan hidup dengan sesapa,, sebab hidup perlu ceria dan gumbira... cuma ingin berkongsi pengorbanan dan hati mulia seorang ayah.... tiada tandingannya... walau digantikan dengan satu kehidupan aku... aku pasti tak mampu balas jasanya..

AYAH hati mu terlalu mulia... sempena hari bapa ini selain dari doa aku yang tidak pernah putus agar engkau sejahtera, aku coretkan juga kesah hati aku untuk tatapan semua yang menyambut hari bapa.. agar semua orang dapat iktibar dan menyayangi ayah mereka juga... walllahualam

Aku sebahagian dari alam..alam lah aku..dan aku lah alam..datang dari cetusan pancaindera aku sendiri..mengenal aku akan aku..dan pencipta aku..sehingga sama ujud nya tulisan aku di ruang ini..aku bahagia dan aku derita...semuanya sama atas nikmat yang aku rasa..cuma aku sahaja yang mengetahui.

Apa apa pun bolehDalam kehidupan pada satu perjalanan mencari sejahtera, pelbagai pengalaman di titip, bergantung kepada minat dan kebolehan, derita dan bahagia pasti akan terasa,Pengalaman tak boleh di jual beli, cuma boleh dikongsi.

Tak siapa yang sudi bersusah payah menimba pengalaman lalu sewenang wenang nya ia dikongsi, melainkan sekiranya perkongsian itu menghasilkan satu kepuasan.

Buat peminat rekriasi dan sesapa saja :-Hidup tak selalu indah, derita bukan untuk selamanya, kehidupan pun sebenarnya tidak seindah impian kerana Hidup bukan untuk diri sendiriHiburan kadang-kadang tidak menjanjikan kebahagian tetapi kebahagiaan itu menghiburkan

Biar kita tidak dihargai, tapi masih ada harga diri daripada hilang harga diri demi untuk diharga

`Orang Yang Berputus Asa Tidak Pernah Berjaya Sebaliknya Orang YangBerjaya Tidak Pernah Berputus Asa



Kongsi juga Satu penghargaan dari seorang anak yang baru berusian tujuh tahun :-




No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...