eCassia FGV Januari 2020





Destinasi utama yang mejadi sasaran kami ke New Zealand Selatan adalah Gunung Cook. Untuk memastikan berjimat kami buat trip backpaker bersama lima rakan sependakian.

Trip 8 hari 7 malam ini berlangsung pada November 2019. Musim panas ketika ini siangnya lebih panjang daripada malam.Terbit fajar bermula pukul 4 pagi waktu Malaysia dan terbenam matahari pukul 9 malam waktu Malaysia. Suhu sepanjang jelajah ini antara 150 ke 00 celsius 

Untuk sampai ke destinasi perlu menaiki dua penerbangan, penerbangan antarabangsa selama 10 jam dari Kuala Lumpur ke Auckland menaiki MAS dan penerbangan domastik selama 2.5 jam dari Auckland ke Queenstown menaiki  ANZ.


Penjelajahan dengan kereta sewa bermula dari Queenstown ke Te Anau , seterusnya ke Wanaka, Mailford Sound, Mount Cook National Park dan balik semula ke Queenstown. Tempat-tempat lain sempat kami lawat seperti Lake Te Anau , Lake Wakatipu, Mackay Creek Camp, Mirror Lake, Monkey Creek, Hommer Tunnel, Crown Range Summit, Lake Pukaki, High Country Salmon, Bra Cardrona, Lake Wanaka, Lindis Pass, White Horse Hill, The Old Mountaineers dan panorama kota raya Auckland.

Kami bermalam di Auckland, Base Queenstown dan Base Wanaka. Berkemah dua malam di Te Anau dan di White Horse Hill. Tidak sukar mencari makanan halal sepanjang jelajah ini. Masak sendiri semasa berkemah lebih menjimatkan perbelanjaan.

Syukurlah dapat melihat keajaiban keindahan alam semulajadi sejak mula sampai disini. Kias kata setiap langkah di kesempatan ini semuanya indah, keindahan yang hakiki itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata, juga tidak dapat disampaikan melalui kecantikan visual photo sekali pun.
Salam Sejahtera.

244 patah perkataan

Surah Yunus Ayat 101


Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadannya.

Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...