Bismillahirahmanirahim
Allahumasaliaálasaidina Muhammad Waálisaidina wamaullana Muhammad
Tiada apa ungkapan istimewa pada hari sampai sudah usia aku 56 tahun 30 Mac 2025 ni
Quran kata kehidupan dunia sangat singkat kalau dibandingkan sehari di
Akhirat. Pernyataan itu sangat lah benar
bagi aku. kias kata dikehidupan ini, hidup ibarat tiga hari je, semalam, hari
ini dan esok. semalam yang telah dilalui, hari ni bukan satu kebetulan dan esok
yang belum pasti, yang pastinya kita akan kembali jua kepada tuhan yang maha mencipta.
Baru semalam rasanya aku dewasa, hari ini dah tua pula.
Cikgu kata dikehidupan yang singkat ini ada 7 nikmat yang besar bakal atau
telah kita lalui. Pertama nikmat dilahirkan kedunia, kedua nikmat menjadi
kanak-kanak menuju remaja, ketiga nikmat berumah tangga menuju dewasa,
kelima nikmat dikurniakan cahaya mata
menyempurnakan amanah menjaga, keenam nikmat menrima menantu menyatukan keluarga
dan ketujuh nikmat dikurniakan cucu menghadap tua. Selepas pada itu habis sudah.
Nikmat dua hari yang telah dilalui, yang sehari lagi untuk esok yg belum pasti.
Allhamdulillah hari ini telah sempurna ke tujuh-tujuh nikmat itu buat aku.
Bersyukur pada pencipta yang mengurniakan. Seperkara yang diakui semua itu berlaku
kepada aku atas ilmunya, iradatnya. atas ilmu nya yang menyatakan aku ini
sebenarnya tiada, sekadar pinjaman sementara, yang ada hanya Allah. Daripada
tiada aku diadakan. Dari setitis benih ayah bercantum bersama benih ibu dialam
Rahim. Bertemu keduanya melalui ikatan kasih sayang ibu dan ayah. Dari segumpal
darah, menjadi segumpal daging hingga sempurna semuanya selama Sembilan bulan
sepuluh hari zahir kedunia menjadi insan. Hadir ke alam insan, sempurna sifat aku
atas permintan roh bagi menampakkan dan menzahirkan amalan kepada pencipta.
Seusia ini Arwah ayah aku telah di jemput Allah tiga tahun yang lepas,
Arwah bonda baru saja kembali ker Rahmatullah Disember 2024 tadi. Nampaknya sambut
ulang tahun lahir aku tahun ni sehari sebelum Syawal 1446. Tahun ni sambut
aidilfitri tanpa bonda. Syukur atas semua nikmat yang Allah beri, ramai insan
lain masa kanak-kanak pon dah tiada ayah bonda. Allah bertanya, Nikmat tuhan
yang mana satu hendak engkau dustakan wahai manusia dan jin. Jawapan nya ”Tiada
ya Allah”, segalanya pun nikmat.
Sepanjang perjalanan tahun 56 tahun ini ada suka dan duka, ada derita dan
bahagia, ada susah dan senang , ada sedih dan gembira, ada panas dan hujan,
sesekali timbul pelangi. Sepanjang perjalanan ini ada kegagalan, ada kejayaan
ada penyesalan , ada kekececewaan. Akhir nya atas ilmu engkau jua ya Rabi yang
memiliki didikan, sentiasa memberikan aku didikan . sekiranya ada kejayaan aku ya rab bukan kerana
aku kuat bagus atau hebat, tapi kerana engkau yang memudahkan segala urusan aku.
yang baik itu satu nikmat yang buruk itu juga satu nikmat. Yang senang itu nikmat yang susah itu jua satu
nikmat. Bila dapat, aku syukuri nikmat mu tuhan, bila tidak dapat aku tingkat kan lagi kesyukuran,
agar jiwa aku tenang, redo, iklas dan bersyukur. Janganlah engkau bolak balikkan
hati aku ya Allah setelah engkau berikan pertunjuk. Amenn
Esok aku masih tidak pasti - AlifLamYerFer
30 Mac 2025 = 30 Ramadan 1446
DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)
No comments:
Post a Comment