Dunia Motosikal Aku

Asalamualaikum , Aku Dan Motorsikal

Best thread ini, memberi peluang untuk saya berfikir dan mengimbau kembali kenangan bersama motorsikal.

Bermotosikal juga ada seni, seni itu indah mudah terkesan dihati



Antara moto yang pernah hadir dalam hidup aku
  1. Honda cup C70 -1980
  2. Yamaha cup CY80 - 1982
  3. Honda Rider 125cc - 1986
  4. Yamaha RXS 115 - 1988
  5. Honda cup C70 cdi - 1994
  6. Honda EX5 - 2001
  7. Honda Wave 100 - 2003
  8. Yamaha RXZ 135CC - 2012
  9. Kawasaki Z250 - 2015
  10. Kawassaki GTR1400  (πŸ‘ˆ Klik Sini) - 2018
πŸ‘†Klik pada tajuk untuk melihat aktiviti bergambar☝





Cara Hidup @ Life Style (πŸ‘ˆ Klik Sini)








1. Honda Cup 70

Aku memula rasa bawa motor, ini lah dia motor Honda cup 70 bapa aku punya, tika ini umur baru 11 tahun darjah 5. Motor ini sebenarnya motor mencari rezeki bapa aku, selain dari bergerak ke destinasi sekeliling kampong ia juga merupakan kenderaan utama membawa getah untuk dijual ke pusat pengumpulan getah. Motor ni pun sentiasa dengan bau getah

 2. Yamaha CDI 80

Aku ingat lagi bapa aku beli motor ni untuk bapak saudara aku yang menumpang teduh kat rumah aku, pengangur tak bekerja, jadi dicadangkan untuk membantu ayah motong (menorah) getah Felda. Kebun agak jauh dari rumah, jadi bapak aku belikan Yamaha cup 80 second untuk mudah beulang alik ke kebun. Peluang aku jugak nak melenjan bila berpeluang. Moto ni tak  panjang umur sebab punah telangar kerbau di kg ulu kepis satu malam tu bila bapak aku balik dari senaling ke rumah.. lama bapa aku menderita cedera. Bapa saudara aku yang numpang teduh tu pulak meninggal muda setahun selepas itu, meninggal masa tidur. Macam biasa kehilangan memang sesuatu yang menyedihkan

3. Honda Rider 125cc

Ini motor bapa saudara aku yang kerja TLDM, dia beli tapi jarang guna sebab asik belayar di laut je.. bagi aku pakai dan suruh aku bela.Aku pulak baru je habis SPM sedang darah muda sesangat.  Ini bermula sejarah aku bawa motor macam mat rempit. Memang best motor ni, tak tau pak sedara aku buat macam mana.. boleh speed sampai 160km/j senang-senang je.  Memang belagak sangat aku masa bawa motor ni, seolah jalan raya memang aku sorang yang punya. Kalau kat Felda tu memang jadi perbualan remaja baya aku je, macam mana aku ambik lap.  Tiap petang bawa moto keliling Felda, jalan-Jalan petang pun siap ram ram enjin.

Habis SPM aku ikut pak sedara aku sorang lagi namanya Rashid (pangilan atih acit). Atih acit ni watak lembut, sangat pandai masak, mengnadam dan pendik kata segala kerja2 pempuan dia suka buat (minta maaf atih petik nama atih kat sini). Aku dan dia mintak kerja kilang Mardec di Ulu Langat, dah tak ada dah kilang itu hari ni, dah tutup. Aku dah biasa lenjan 160km/jam Seremban ke KL, tak sempat 20 minit dah sampai.

Ada satu hari tu aku bawa atih acit naik moto Honda Rider ni dari Kg Sg Lui ke Kuala Lumpur. Mod aku pagi ni memang mod merempit, tiada rasa takut dan gentar dengan kelajuan, tak pernah pun terfikir akan akibat kelajuan membabi buta ( sian lak pada babi dipersalahkan sekali lagi ) . Mod atih ini hari tak tau lak aku, apa yang tak kena. Aku pun macam biasa lab dua tiga selokah selamba je. Tetiba dia tepuk belakang aku sambil suruh aku berhenti tepi jalan. Aku pun cepat-cepat berhenti tepi. Dengan selambanya atih acit turun dari moto sambil jerit kat aku sambil nangis.. ko lie kalau kau nak mati ko mati lah sorang, dah ko pergi lah jalan sorang , biar atih tunggu bas je kat sini.. mak aiii terkujat sekejap aku.. tah apa lagi dia membebel aku malas nak citer kat sini.. habis nasihat mak bapak aku pun dia keluarkan.

Aku buat muka tunduk je , tak baik lak aku nak melawan. Dia pak sudara yg aku sayang juga sebab banyak tolong aku. Tunggu dia reda, aku dengan nada yang sangat lembut cakap ngan dia.. jangan wat cam ni ateh.. jom lah naik. Ali janji kita gerak pelan je.  Perghhh lega nya.. nasib baik dia mau.. abis lah ceritanya gitu.  Aku simpan cerita tu 2 3 bulan. Satu hari tu berkumpul adik beradik saudara mara, time bab kutuk mengutuk masing-masing tak hinggat.. aku pun hapa lagi . bukak cerita dengan mak dan pak saudara aku yang lain. Jadi ketawa besar le.. sampai sudah kena hajuk.. tapi gurau saudara mara kan tak ada sapa yang ambil ati pun.. atih acit aku la ni dah kawin ada anak 3 orang.. Nampak je lembut, tapi yang tak Nampak tu keras rupanya.. kakaka kuiii

Aku duduk kat hulu Langat, remaja2 kat sini pun memuja akan kehebatan Honda Rider pak sedara aku tu, takat RXS, RX & Suzuki GP dia orang punya tu, tak ada yang berani nak challenge. Bertambah riak le aku, jalan pun mendada je walaupun aku kurus kering masa ni kakakui.

Satu pagi itu aku nak pergi kerja macam biasa , sampai di pekan batu 18 hulu Langat aku nak memotong sebijik proton saga baru warna merah dihadapan petrol pam ESSO( esso ni pun dah tak ada hari ni), aku baru jer perah minyak nak potong belah kanan, kereta tu terus belok masuk ke kanan nak masuk ke ESSO tu tanpa beri lampu signal. Argghhhhhh  aku tekan brek belakang dan depan, hiii hiii hiiiiiiiiitt (bunyi tayar belayar) moto jongket depan,. kebababooom,  (bunyi Honda Rider) belaga dengan pintu belakang belah kanan Proton tu

Pendikkan cerita aku tergolek bersama moto, serta merta aku bangun tapi tak ada cedera atau pun luka. Moto Cuma patah klas, tak ada kerosakkan atau calar teruk. Pintu kereta proton kemek, tuan kereta seorang lelaki muda berbangsa cina. Belum sempat dia bukak pintu, aku dah tunggu sambil jerit suruh keluar. Panik gak mamat tu aku tengok.. aku mintak ganti, dia tak mau ganti, aku ajak pergi report balai polis kat sebelah tu pun dia tak mau.. sebenarnya kalau dia mau aku cuak jugak sebab ini pengalaman pertama aku aksiden. Orang ramai kat kedai depan tu hanya perati dari jauh, sambil sorang dua jadi batu api “ko belasah je budak keta tu bro” suara-saura sumbang..

Akhir kesah ni aku tinggalkan je keta proton tu macam tu, ada bro kat kedai tu ajar aku ,aku masih boleh gerak kan Honda Rider tu tanpa penekan kelas. Dia suruh masuk gear dan tolak sikit sambil pulas minyak.. aku berlalu tanpa ambil tahu kesah keta tu, dan menuju ke pekan batu 9 cheras ganti kelas moto aku yg patah.

Ada Satu hari lagi tu, pagi pagi lagi aku balik dari hulu langat ke felda Bukit Rokan Utara ikut jalan lama, sampai di semenyih ada road blok. Banyak motor yang kena berhenti kat tepi, tapi aku tak risau sebab aku ada lesen B2 dan road tax pun hidup lagi, motor pun moto standard .. dari segi fizikal tak ada yang nampak jangal. bila sampai je giliran aku lalu depan polis tu, aku tunjukkan wajah yang konfiden sambil bagi salam tuan, terus je polis tu suruh aku lalu. Aku dah agak dah, dengan senang hati aku terus berlalu.

Aku pun sampai kat bukit rokan utara, masa ini belum ada zaman hand phone lagi, handphone belum ujud. Sampai-sampai je, belum sempat masuk bagi salam, ayah aku bagi tau, dia baru je terima pangilan polis dari balai polis batu 9 cheras, dia bagi tau suruh ambik bag dompit aku tercicir, polis tu jumpa bag aku di pekan batu 9. Serata merta aku raba poket seluar aku, sah lah memang tak ada dah beg duit aku. Kuss semangat aku,, terus terlintas kat kepala aku, kalau masa road blok tadi polis kat situ minta tengok lesen dan ic dah tentu kantoi aku...mana aku nak cari benda dah cicir.. duit aku tak kesah sangat, sebab memang tak ada baki duit pun dalam tu..

Ayah aku kata pegi lah makan tenggah hari dulu, lepas makan nanti boleh lah dia hantarkan aku pergi ambil dompet kat balai polis batu 9. Lepas makan aku mandi sekejap, keluar bilik air ayah aku bagi tau lagi, mak cik aku baru je telepon bagi tau, polis tu dah serahkan dompet aku ke rumah makcik aku di ulu langat ikut alamat kad kerja Mardec aku.

Aku pun gerak dengan moto honda rider, ayah aku suruh aku bawak, dia membonceng je kat belakang. Bukit rokan ke seremban, seremban ikut highway seremban kuala lumpur. Macam biasa memang aku lenjan 160Km/jam, pecah dah rahsia aku dengan ayah, yang selama ini ayah aku kenal aku sebagai anak yang sopan je bawa motor. Dan sejak ini juga aku selalu kena perli oleh ayah bersama kengkawan dia bila ada kenduri kendara di felda.

Sampai hulu langat mak cik pun serah dompet kat aku, polis tu ada tinggalkan nama, alamat dan no talipon. Polis tu bercerita bila dia jumpa dompet aku, dia cuma jumpa duit sengkiling je dalam tu.. memang pun , itu je duit yang aku ada selepas isi minyak motor. Aku pun tak tau dari mana punca polis ni melihat aku melalui dompet.. tapi dia sembang dengan makcik aku, dia kesian dekat aku, pelawa aku datang kat rumah dia, dan dia sudi nak jadi kan aku keluarga angkat.. hati aku meroyan lagi , memang dah menagis dah , terharunya atas kasih sayang insan yang tak pernah aku kenal ni.. aku terus kata ngan mak cik dan ayah , minta diri nak buang air besar kejap. Macam biasa aku menangis semahu-mahunya dalam bilik air, aku melihat kebesar mu Ya illahi atas kasih sayang mu.

Lepas keluar toilat aku terus capai tuala dan mandi, tengah fikir macam nak cover mata merah aku yang kehilangan air . Aku bubuh shampu bebanyak lepas tu celikkan mata 2 3 saat memang pedih, tapi aku dah ada alasan kalo di tanya kenapa mata merah.

Lepas berpakaian join ayah dan mak cik sembang. Pergi lah talipon polis tu ucap terima kasih, mak cik suruh aku. Aku call no, perkenal kan diri dengan polis tu, ucap terima kasih. Sekali lagi aku dipelawa untuk datang ke rumah dia, angap macam sedara je kata nya. Aku Cuma jawab insyallah dah sampai la ni aku tidak pernah jumpa siapa polis itu.  Dua tiga hari tak boleh tidur malam, otak aku berlawan dengan hati. otak yang waras kata pergi, tapi hati yang pemalu kata malunya (masa ni perasaan rendah dalam diri aku setebal tembok besar cina), sampai sudah aku tak pergi.. Semoga Allah melimpahkan sebesar rahmat buat polis dan keluarga polis tersebut atas kasih sayang mereka.

Hari terus berlalu, seronoknya aku bersama Honda Rider bapak sedara aku di daerah ini,. Aku ada mak we kat sini nama Normala umur 15 tahun masa tu tak nak sambung sekolah, dah arwah dah dia 7 tahun yang lepas. Semoga dicucuri rahmat atas rohnya. Aku kundang je normala ni ke hulu ke hilir dengan motor Honda rider tu, mak bapak dia pun tak kesah sangat, sebab aku sentiasa dan tetap menjaga keperibadian , nak keluar bagi tau kemana. Ibarat dah macam belangkas dah . sampai lah satu masa heboh sekampung sg lui tu . ada yang Tanya normala tu dah jadi bini fazli ke.. oh takut nya aku.. aku terus ambil keputusan, cabuttt,, tinggalkan kampong tu sebelum fitnah bertambah besar..habis cerita tu takat tu. Jadi nostalgia indah

Cukup lah kot.. . Itulah beberapa cerita ringkas atas peristiwa yang susah nak lupa dengan Honda Rider pak sedara aku ni.











4. YAMAHA RXS 115

Tempoh aku pakai Honda Rider bapak sudara aku sampai ke penghujungnya. Lepas lebih kurang dua tahun guna, sampai lah masa bapak saudara aku dah nak ambik semula moto kepunyaan dia itu. Masa ni aku dah balik semula ke felda tolong ayah aku motong(menoreh getah). Bantu sekolahkan kakak dan adik-adik.

Kehilangan honda rider dari jagaan aku amat dirasai, betul lah kias kata, tak ada motor ibarat patah kaki. Yang hilang honda rider nya aku ler , tapi emak dan ayah aku sangat memahami perasaan yang baru aku rasai. Aku perasan gak mereka sangat kasihan melihat keadaan aku tapi aku buat derk aje,. Jauh sekali lah aku nak mintak sesuatu dari mereka, aku dah hidup bernyawa dan ada mak bapak sempurna masa tu pun dah cukup syukur. Ini bukan masanya aku nak berpoya2 tapi aku dah perlu mula berkhidmat membantu atas jasa mereka yang tak mungkin dapat di balas.

Satu petang selepas melepaskan penat lelah menoreh pagi tadi, masa makan ayah kata semalam ayah pergi repair moto (honda cup 70) kat bukit rokan (7km dari rokan utara) ada satu rxs second kat kedai tu nak jual RM1600, bayar muka RM800 dan boleh on the road. Ayah aku sambung katanya, kalo kau nak motor tu kau keluarkan lah duit biasiswa yang tersimpan tu, emak kat sebelah hanya senyum sambil mengiyakan je. Aku masa tingkatan 4 & 5 dapat biasiswa persekutuan RM400 setahun. Perghhhh macam dapat nyawa kedua aku, tapi aku cover sopan. Aku jawabkan slow je menselindungkan nafsu, boleh gak ayah. Pendekkan cerita, aku tika ini telah memiliki Yamaha RXS second. Sebelum muktamat beli tu ayah aku ada tanya gak, nak RXS second ke atau YAMAHA 100 Sport baru(baru keluar masa ni), tapi bulanan tinggi sikit. Aku muktamadkan RXS sebab aku rindu dengan klus moto honda rider.


Hahaha, rupanya kadang kala hidup memang tidak seindah impian, aku impikan performance RXS ini akan sama macam honda rider pak sedara. Moto RXS hak milik aku sendiri ini jauh berbeza dengan honda rider pak sedara aku. Moto ni kelajuan maksimanya standard je 120km/j. Lepas tu banyak benda nak kena bela semula, moto second lah katakan. Perghh terasa serik jaga moto sendiri, serik-serik pun ia telah mula mengajar aku berdikari. Telah mengajar aku menghargai harta sendiri, susah senang semua ikhtiar aku sendiri. Walau pun aku ada rxs aku dah tak boleh seseronok macam aku lenjan honda rider dulu. Enjin pun sebu je, dah tak boleh riak macam aku jaga honda rider dulu. Pendek kata dah tak boleh EX dah cam dedulu. Tak der sapa dah nak respek dengan aku dah, baru aku kenal apa itu erti duniawi...

Sebenarnya aku memang buta tentang motor ni, maksud aku aku tak lah seperti remaja lain, contohnya pak sedara aku tu beza umur dengan dia 4 tahun je, pandai oter motor mereka boleh jadi laju sampai habis meter, lagi pun aku mana lah ada duit nak buat itu semua. Jadi aku beli rxs tu dengan performance standard kekal lah ia begitu  sampai lah moto tu lenyap dari jagaan aku.

Lama pakai motor ni dari aku bujang sehingga aku berkahwin dan punya anak dua..terlalu banyak kenangan pahit dan manis.

Selepas dua bulan pakai RXS musim luruh pun sampai, untuk pengetahuan semua apabila getah tiba musim luruh hasil getah memang ciput je. Hasil jualan jadi kurang, perbelanjaan untuk beradik aku tinggi le juga, 3 adik berada di puncak persekolahan, kakak aku politeknik tanpa biasiswa. Dulu mana ada PTPTN. Masuk bulan ke 4 moto dah empat bulan tak bayar, pergi jumpa tokei kedai mintak tangguh bayar, nasib baik ok. Tokei bangsa cina ni peneroka juga, memang dia memahami masalah peneroka tika itu.

Petang tu kawan aku khairul balik dari KL dengan kengkawan dia naik van,, waaa aku tengok hebat nya pakaian dia dan kawan2 dia, memang beza sangat pakaian budak yang dah tinggal di KL dengan pakaian aku yang duduk menoreh kat felda je. Khairul ajak aku kerja kat KL sebagai sales man katanya, kalau rajin sebulan boleh dapat dua ribu. aku memang tak tahu apa itu sales man pada masa tu, dalam fikiran aku ini mesti kerja yang hebat ni, 2000 sebulan masa tu terlalu besar, sesatu yang tidak terjangkau oleh fikiran.

walau pun ada rasa curiga dengan pekerjaan itu aku turutkan juga atas dua sebab, pertama aku perlu kan duit itu untuk bayar motor rxs, kedua aku terpesona dengan khabar indah yg diwartakan oleh khirul tentang KL. Bila kedua ibu bapa aku izin kan aku pun ikut van dia orang ni balik KL.. dalam van semua nya belia ramaja belasan tahun seperti aku, ada 3 orang awek KL yang nampak rangi, tiga-tiga pun sexy dan chunn.. sorang duduk berkepit dengan driver kat depan.. piee nantak dia lah.. janji aku nak cari rezeki di KL. Kuala Lumpur memang sesuatu yang tersangat asing bagi aku.

Aku sangup jadi sales man sebulan je sebab kejanya menipu, guna satu surat di pangil surat tarik jual periuk stanles steel keliling KL. Sehari je aku di ajar macam mana nak menarik minat pelangan dengan surat tarik, aku pun pandai dah. Aku dapat elauan jualan RM900 untuk bulan pertama dan terakhir itu.

Tiga sebab aku tinggalkan kerja ni , pertama pergaulan yg tersangat bebas, tidur pun bercampur lelaki perempuan dalam satu rumah. Ada satu tilam besar tu tidur berselang seli antara perempuan dan lelaki, satu kejutan budaya buat aku. Kedua aku tak berminat dengan surat tarik sebab sah satu penipuan.. seorang tokei berbangsa cina cakap itu tektik berniaga. Ketiga aku sangat menyesal menipu seorang kakak yang suaminya baru baik dari eksiden, dia beli periuk itu dari aku atas dasar kesian dengan aku yang merayu2 mintak dia beli (nak kejar elaun).

Penyesalan ini menghantui sebaik sahaja aku tinggalkan rumah kakak itu yang sendang kesempitan duit.. aku tak tau nak buat apa, sementara berjalan mundar mandir sambil mencari van penyelia aku. Aku ternampak surau, sepontan aku singah dgn otak yang blur, aku buat sembahyang sunat 2 rekaat, aku pun tak tau sembahyang sunat apa.. aku mohon ke ampunan dan berdoa semoga Allah beri hidayah dan kemenangan kepada keluarga itu kerana mengasihani aku.. macam biasa air mata lelaki aku menitis lagi... lembut nya jiwa aku...

Hujung bulan aku ambil gaji, aku ambil teksi ke pudu raya.. aku balik dengan satu tekad nak langsaikan hutang YAMAHA RXS dan menyelamatkan RXS aku dari di tarik balik oleh tokei motor. Sampai di Rokan Utara aku tengok motor ada parking dalam rumah. Aku tanya kenapa? Emak jawab takut tokeh motor datang rampas motor. Jadi dia sorokkan motor tu sejak aku meninggalkan rumah ke KL. Arghhhhh ayah dan ibu aku tak tau apa nak kata.. hanya doa moga engkau sentiasa dirahmati. Aku pun cerita serba sedikit tentang suasana kerja, duit aku serah kat emak dan minta ayah tolong langsaikan bayaran motor. Akhirnya motor RXS sah menjadi hak milik peribadi aku.

Aku dapat kerja sebagai kerani operasi kargo (jaga lori felda transport) kat shah alam taun 1990, bawa rxs aku dengan satu bag pakaian. Umur dah 21, aku tidur kat surau opis je, lebih kurang setengah tahun jugak duduk surau sebelum kerani kewangan si zailan pelawa duduk rumah dia. kengkadang bertemankan driver lori yang menunggu perjalanan trip esok. Pernah lah merasa berbuka dengan air sejuk dalam bulan puasa. Maggi di tengah bulan adalah makanan rutin. Kengkadang mengecak(meminta) juga dengan driver2 lori yang ada, nak hiduppp. Syukurlah mungkin ramai lagi yang lain pernah merasa lebih susah dari aku.

Dah setahun kerja, kawan seperjuangan aku (kerani operasi tangki) nor azam beli RXZ second, first generation 5 gear. Timing tu dengan aku, maklumlah aku RXS semput je pun.. baru sebulan pakai RXZ tapi dia punya sembang mengalahkan dah bertahun2 pengalaman. Hangin je jiwa muda aku dengar sembang dia, dia tak tau betapa hebat nya aku di zaman honda rider pak sedara aku., kalau takat selekoh bukit putus, bukit tangga itu memang makanan aku je, kakaka(sembang riak sikit ni) hihi.. tapi aku diam je, jaga hati kengkawaann.. aku layankan jer

Satu malam tu, aku dan si azam buat over time kat opis seksyen 15. Sembang moto si azam memang tak penah habis tambahan siang tadi dia baru buat exos. Tah hapa angin aku, ajak dia test motor RXZ  dia malam tu. Dia setuju aku suruh dia duduk belakang. Shah alam ni banyak round about.  Aku lenjankan RXZ dari seksyen 15 ke seksyen 17 kalau tak silap (lupa dah.. dah lama meninggalkan shah alam sejak 1994). Target dalam hati aku memang aku nak ambik lab kat round about tu, niat nak mengumbira si azam dengan skil lab dari aku kononnya.

Memang laju motor dia dah oter enjin lah katakan, nak ambil lab je aku rendahkan giar 5 ke giar 4 bagi tayar cengkam kononnya dan zassss aku ambil lab macam addy lowson. Si azam ni sembang je besar rupanya.. dia keras kan badan serta merta moto tak setabil, motor belayar dalam keadaan aku tak lepas kan handle. Jauh juga motor ni belayar  handle moto dah jadi huruf L. Perasaan aku masa ni.,,,emmm.. cuma yang pernah belayar dengan moto je lah boleh rasa, tak tau aku nak cerita.
Aku mampu bangun lagi, toleh kat azam rupanya dia dah berguling tempat lain, terus tanya dia ok ker, dia pun bagun jawab ok, dia pulak tanya aku, aku ok ke, aku jawab aku ok tak rasa apa-apa pun. Masing2 suruh cek badan masing-masing, aku suruh azam cek diri dia sendiri kalau ada cedera, si azam suruh aku cek diri aku kalau aku ada cedera. Sesama angkat moto dulu dengan si azam usung ke tepi.

Nahhhh itu dia, pertama aku tengok lutut aku dah tak ada kulit nampak putih je tapi tak banyak darah. Aku pakai seluar trek je malam ni,. Agak kalut sikit masa ni aku asik tanya kan si azam yang nampak jalan tenjut, risau aku kalau dia cedera atau patah. Pendek kan cerita kulit aku yang hilang termasuk kulit punggung sebelah kiri, kulit betis belah kiri dan kulit lengan sebelah kiri sebab moto belayar sebelah kiri.  Tak ada sapa pun yang tolong, malam ni memang tak ada kenderaan yang lalu dan tak ada siapa yang sempat melihat peristiwa kami jatuh.

Penyudah pada cerita jatuh ni, si azam tak nak pergi klinik, aku pun tak nak pergi klinik walau didesak oleh azam. Antara aku dan azam, aku lebih teruk dan banyak luka, azam calar dan seliuh kaki.  Motor walau pun hendale dah jadi L, enjin boleh start tapi klus patah.. jadi aku guna pengalaman masa eksiden honda rider dulu ajar si azam macam mana nak gerak tanpa ada klus. Azam hantar aku balik, dia pun balik rumah di di kelang. Masing-masing janji jumpa kat opis besok. Luka aku belum terasa sakit Cuma rasa sejuk jer kat luka tu, darah memang tak banyak. Hari ini bila aku kenang, alhamdulillah aku bersyukur, bak kata orang tetua masih di siah oleh maklaikat dpd cedera parah.

Aku masuk kat rumah, masa ni aku duduk 5 orang serumah, ada si chot sorang je kat rumah. Aku tanya chot kalau dia ada stok atau simpan ubat tahan sakit, aku telan dua biji pil tahan sakit. Chot bising suruh aku pergi klinik. Aku kata aku ok lagi, aku tukar suar pendik dan terus tidur kat katil aku. Malam memang tak lena tidur, besok aku bangun bercadang nak pergi kerja macam biasa, apa kan daya semua nya dah terasa sakit siap dengan begkak. Aku pun pergi klinik nik teksi, sampai klinik lutut aku dicurah dengan sejenis cecair yang mengelegakan bila tersentuh kulit kelihatan putih, aku di cuci tanpa sebarang bius.. hanya yang pernah kena sahaja bertapa sedap nya suasana tika ini..hihi.. aku MC 7 hari , kat opis kena nasihat oleh bos dan memang sebulan kena kutuk kaw kaw oleh drebar dan kelendan lori.. adalah dapat duit socso sikit.

Balik semula kepada motor RXS aku, Sepanjang guna motor ni ada sekali je aksiden nya, tapi nasib baik tak teruk. Hari tu hari isnin, malam tadi aku tidur rumah mak sedara di balai polis pudu. Pagi tu perjalanan ke opis ikut federal Higway, dekat nak sampai tol shah alam aku brek nak elak terlanggar motor yang cuba himpit aku. motor tu terus berlalu aku terjatuh belah kanan, nasib baik kereta belakang sempat brek tak langar aku. Aku bangun tegakkan motor , tengok motor ok, start pun boleh, aku gerak berlalu terus secara kelam kabut.. sebab aku tengok dua tiga keta belakang aku dah mencium bontot antara satu sama lain.. aku tak mau dipersalahkan... hihi

RXS ni kenderaan aku berulang dari rumah tempat kerja, opis aku di shah alam ke pelabuhan port klang, masa ni aku jaga lori untuk operasi pengangkutan beras dari kapal ke gudang2 LPN seluruh Malaysia. Aku Balik kampung bila teragak je, aku lenjan je ke Bukit Rokan Utara tidak mengira waktu, siang ke, malam ke, magrib ke, subuh ke, cuaca panas ke, hujan ke semuanya sama je bagi aku. Al maklumlah aku ni itik bertelur, ayam bertelur, kucing beranak pun aku balik kampung untuk ziarah.

Satu hari tu RXS aku kena overhall, rosak masa nak sampai bandar kelang. Tokei kedai kata kena overhall aku tinggalkan je kat kedai tu, tokei kedai janji satu hari boleh siap. setelah ambik nombor phone tokei kedai Aku pun naik teksi ke pelabuhan. Keja di pelabuhan memang tak ada life, hadap kan je lah pelabuhan tu, hari ke mingu, mingu ke bulan, bulan ke tahun. Dah dua hari aku di pelabuhan, beras di kapal pun dah nak habis, di jangkakan habis tengah malam. Aku minta tolong rakan LPN hantar aku ambik motor RXS aku di kelang petang tu. Kupak lagi poket tiga empat ratus, biasa lah tu kalo ada motor.

Malam ni hati aku meronta nak balik ke felda bukit rokan utara, rindu nak ngopek ngan emak. Beras di kapal habis jam 12 malam lebih kurang. Aku start RXS lalu gerak pelan-pelan, memandangkan RXS baru overhall siang tadi, aku setting kelajuan RXS aku konsistan antara 40 ke 50 km/j sahaja, nak lebih-lebih aku takut enjin terbarai lagi. Port Klang ke KL, KL ke Seremban, Seremban Ke Simpang Empat, Simpang Empat ke Tampin. Aku sampai  di Tampin lebih kurang jam 4 pagi. Aku nak sambung perjalanan, aku cuak pulak dengan laluan bukit metehon, bukit yang penuh dengan cerita yang trajedis di pertengahan laluan antara Pekan Gemenchih dan Rokan Utara, RXS aku dah lah tak boleh laju pulak tu.

Aku berhenti di Shell berhampiran bulatan Tampin.. hari ni dah pupus dah bulatan tu, dah jadi lampu trafik. Aku Parking RXS, baru nak duduk luruskan badan di kaki lima Shell tu, ada sorang abang tu tegur ” kalau nak selesa lepak kat railway station adik, kat situ ada bangku tempat duduk, selesa sikit” . aku pergi ke station keretapi tu, ada satu bangku panjang yg kosong, aku pun lurus kan kaki, lapik kepala dengan bag,.. baru je nak adjust peluk tubuh tangan aku, ada pulak pak cik tak siuman ni datang kat aku, mintak duit seringgit,, aaadooiiiii aiiii. Aku bagi seringgit, mod aku nak tidur hilang terus. aku bulat kan tekad, dalam kotak fikiran aku tika ini fikir, apa nak jadi pun jadi lah kat bukit Metehon tu, pedulik apa aku,  mana punya semangat tetiba datang , aku pun start RXS aku terus gerak balik ke Rokan Utara. Akhirnya aku gerak dari Port Klang Ke Rokan Utara tanpa berhenti ( non stop)

Gerak pelan-pelan, pagi yang sangat sunyi dan sejuk tanpa kenderaan lain, laluan bukit metehon memang menyeramkan, aku kuat kan semangat, aku andaikan dalam hati dah ada orang keluar menoreh getah pagi-pagi buta ni untuk sedapkan hati. Aku sampai di Rokan Utara selepas subuh, mak bapak aku terkejut. Ayah tanya dari mana ni Lie, aku jawab. Ada apa hal kau balik pagi-pagi ni, aku jawab. Pukul berapa kau dari sana, aku jawab. Akhirnya aku terus tidur, bangun tengahari dukacita lagi, sebab RXS aku tak boleh start. Ayah aku tolong bawa kan ke kedai, tokeh kedai kata enjin RXS aku nak kena overhall, ada masalah piston ring.. adoiii .. aku pasrah.....

Aku tinggal RXS kat felda, balik ke shah alam naik bas, di shah alam ada kawan (khalid) sudi bagi pinjam honda cup c70 (dia tak guna) untuk aku berulang alik dari shah alam ke port klang. Dua bulan berulang shah alam ke port kelang dengan kelajuan siput (kias kata)... allhamdulillah... peristiwa pahit memang manis untuk dikenang.. tak leh tahan.. aku hamik semula RXS aku dari tangan ayah di kampung.

Pasal lama menggunakan RXS banyak kesah pahit dan manis yang menarik untuk aku kenang, nak cerita pun panjang.. lagi panjang kalau nak mengarangkan cerita tu disini.. aku Cuma nak cerita kesudahan RXS yang sangat aku sayangi.... ada nilai sentimental yang sangat banyak pada RXS aku itu...

Pendik cerita bila aku dah kawin, anak dah masuk dua orang, pak mertua aku bagi aku guna motor honda cup c70 cdi, dia sian tengok aku agaknya, RXS pun asik ragam je.. aku terima je.. terima kasih ya abah,, saaayang abah.. Motor C70 sebenarnya adik ipar aku punya, dia tak pakai lagi sebab dan beli suzuki panter 150cc (orang bujang). Masa ni aku dah pindah bekerja di Kuala Lumpur sebagai Pembantu Juruaudit Dalaman (kerani le tu).. Gaji kasar pada tahun 1994 ni tak silap aku RM640 je..RXS hantar semula balik kampung dalam jagaan Ayah.

Akhirnya aku setuju untuk bagi RXS pada adik aku (ajo) guna pakai, bila dia dapat sambung belajar di Politeknik Ipoh. Atas nasihat ayah aku tukarkan nama RXS ni dari nama aku kepada nama ajo. Tukar nama je, aku tak pernah minta duit se sen pun dari ajo. Sebab aku angap ini je khidmat aku yang aku dapat bantu dia pada masa tu. Nak tolong lain tak mampu, maklumlah aku nak kena sara diri aku dan keluarga aku di kota raya metropolitan dalam keadaan aku miskin,, terima kasih pada isteri aku kerana sangat tabah dan sabar. Love u sayang... 

Lama ajo pakai RXS ni sehingga lah dia habis krusus di politek dan dapat kerja TNB di kuala pilah . aku tengok si ajo ni pandai guna je RXS aku, bela nya tidak. Kalau masa dia belajar tu aku pasrah lah kalo tak berjaga pun, aku faham dapat cukup makan kat politeknik pun dah cukup baik...tapi lepas dah bekerja sebagai teknesyen tnb elaun 2 3 ribu pun RXS aku barai macam tu juga. Sayu gak bila dapat tengok sesekali RXS aku, bila aku dan ajo sesama berjumpa di kampung. Sound gak dia, tapi macam menyanyi kat telinga kerbau je pun.

Satu hari aku balik rokan utara, aku tengok RXS aku aku dah hangkang dah, terlepak je kat bawah rumah. Masa ni ajo dah mampu pakai keta WIRA selepas lima bulan keja tu, waa hebat dan lebat adik aku.. aku minta nak bela RXS aku tu semula, aku kata kat ajo angah nak bela semula RXS tu.. Ajo kata, ajo sayang lah angah moto RXS tu, ajo nak bela semula moto tu bila ada modal ,kang kalo angah bawa ke KL ,hilang pulak motor tu kena curi..  waa alasan yang sangat meyakin kan aku... bulan berganti tahun RXS tu masih ada kat bawah rumah tu tersadai..

Aku kata ngan ayah, kalau ajo tak repair jugak motor tu sebulan dua lagi, bila aku free aku akan repair RXS aku tu dan bawa balik ke KL. Satu hari lain aku balik rokan utara, aku tengok kat bawah rumah dah tak ada dah RXS aku tu. Aku tanya adik perempuan aku mana pergi RXS, dia jawab ajo dah jual dah hari tu, masa tu ajo kesempitan duit. Terkujat aku kejap, tergamaknya ko ajo jual moto angah ajo..berapa ajo jual RXS tu, adik aku kata RM500... jadi,, perasaan dan mod aku tika ini, tuhan je maha mengetahui... aku pasrah lagi...tamat dah riwayat RXS aku.. lama jugak aku meracau dengan adik2 aku yang lain.. apa kan daya...

dalam perjalanan kedestinasi...hujan dan panas silih berganti, kekadang kelihatan pelangi, ada kalanya kering kontang, kengkadang bertemu banjir.. tapi perjalanan perlu di teruskan... aku terima bahwa hidup bukan untuk diri sendiri, pengorbanan... berkorban dan terkorban lumrah alam biasa...

Aku tamatkan kesah RXS aku sampai disini... maaf dan terima kasih..

7.  Honda Wave 100 
            






















8.  Yamaha RXZ 135CC
             


















ini kelibat pencuri moto rxz aku, tingkat B1 Menara Felda KL












9.  Kawasaki Z250




Ride bersama SureFGVRide group ke Komplek Tahfiz Al Istikomah Temerloh Pahang




























10.  Kawasaki GTR1400



Bergambar bersama bikers di Jepun


Bergambar bersama bikers di New Zealand


AlifLamYaPa Γ  ALIF , semua ini adalah kalam, alif yang boleh disebut itu bermakna insan, dalil menyatakan baharu alam yang di jadikan.

Alif - iman, atau nyawa yang hidup
Lam - Kebesaran, kesempurnaan dan kemuliaan
Ya - Bagaimana Allah begitu juga Insan . Allah yang tidak menyerupai sesuatu
Pa - fe’el, fikiran yang mempengaruhi tingkah laku
Itu lah maksud atas kalam yang aku pinjam sebagai pengenalan.. Walllahualam, 











TO BE CONTINUEee..


   
Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)
Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...