Engkar Aku & Doa Bonda


Pagi hari sabtu 13 Mac 2010 selepas subuh aku bergerak seorang diri dari KL ke Kampung. Lebih Kurang jam 10.30 aku pun sampai.. Kerja-kerja menegakkan tiang pagar batu rumah emak aku bermula, aku buat bersama abng ipar tamat sebelum magrib. sebelum itu untuk aktiviti malam, aku telah berjanji nak mengeteh (lepak/borak) disendayan bersama fir & aza. lepas magrib aku msg aza & fir berjanji bertemu di sendayan.. setelah mohon restu emak, Aku bersiap sedia dengan helmet dan motor kapchai aku.. atas permintaan fir melalui hp aku msg fir yang sedang berada di Puchong dengan msg "ok aku dah bergerak sekarang '.. tetiba dengan tak semena hujan turun dengan lebatnya..


aku masuk semula dalam rumah, bercadang untuk menunggu hujan berhenti, . Hujan sehingga waktu isyak tak reda juga, atas keperluan aku dan demi menunaikan janji aku dengan fir & aza, aku ambik keputusan untuk bergerak juga. emak aku dah bising, "tak payah lah pergi lie, emak risau engkau keluar dalam hujan lebat malam-malam ni, dengan moto pulak tu, jalan licin". "aduhai mak ni suka sangat bising bila orang nak bergerak" kata aku dengan nada suara yg sedikit tinggi. mak aku sambung '" eee risaunya mak, tapi tak per lah mak memang selalu doakan perjalanan kau selamat, baik-baik jalan tu". “yoo laaaah “ aku dengan nada bosan.

Hujan yang lebat aku redah juga, dengan berlindungkan baju hujan usang. Perjalanan dari kampong aku ke sendayan lebih kurang 30km dan akan melalui bukit tangga. Bukit tangga satu kawasan hutan dengan jalan bukit yang berliku sejauh 3KM, ada banyak cenuram(lurah) melalui kawasan ini. Dengan kegelapan malam dan hujan yang masih lebat, had penglihatan melalui cermin helmet aku sememangnya agak terhad. Tapi dalam hati aku berkata pedulilah, aku bukannya tak biasa dengan suasana macam ni, perjalanan aku teruskan dengan pergerakan yang agak perlahan dan berhati-hati.

Dalam hujan yang lebat bukit tangga telah aku daki, sekarang ni masa untuk menurun bukit dengan moto kapcai aku. Jalan berbelit-belit memang menjadi mercu tanda bukit tangga sejak dulu. Tiba-tiba bila sampai dekat satu selekoh menurun, aku rasa aku dah bergerak dengan terlebih laju dan dalam gelap bersuluhkan lampu moto aku tak berapa perasan selekoh tu bagaimana penyudahnya, walau pun aku selalu lalu kat sini.. ada 2,3 buah kenderaan di belakang aku melalui suluhan lampu malam yang aku perasan. Aku brek,, motor aku menjajar, moto telah di luar kawalan aku, motor terlajak ke tepi kaki lima berhampiran longkang. Kaki kiri aku terjerumus dalam longkang, motor dah sendeng tapi belum rebah. Air dalam longkang mengalir laju, dengan kelajuan air itu berkuasa menghanyutkan kaki kiri aku. Aku terus bertahan cuba mengumpul tenaga dan cuba menegakkan motor aku dengan kaki kiri yang masih bertopang , tapi tidak berdaya. Di ketika ini aku berharap sangat salah satu dari 2,3 kereta yang lalu, sudi berhenti dan menolong.. aku memang terlalu memerlukan pertolongan. Malang nya tak sebiji pun berhenti dan kenderaan yang terakhir sekadar membunyikan hon.

Aku masih bertopangkan kaki kiri dan cuba bertahan agar tidak terus tumbang dalam parit, enjin moto telah pun terhenti, lampu terpadam.. keadaan di tepi hutan ini amat gelap dengan hujan lebat yang masih turun. dalam keadaan ini aku hanya mampu beristighfar, bermakna ingatan aku kepada tuhan dan mohon keampunan. Wajah emak spontan bermain di fikiran aku, lengkap dengan pesanan dia sebelum aku bergerak tadi. Sambil istighfar dalam hati aku berkata “ ya tuhan aku rasa berdosa dengan ibu aku tadi melalui nada kata-kata aku”. Serentak dengan itu terkeluar lafaz dari mulut aku “aku mohon ampun dan pertolongan mu ya Allah”.

Serentak itu juga aku lonjakkan kaki kiri sekuat kudrat aku. Lalu motor itu terlonjak dan mula mengiring belah kanan dengan kaki kanan aku telah bertopang di pinggir jalan raya. Aku masih belum berada pada tahap selamat kerana tayar depan masih berada dalam longkang. Aku masih beristighfar dalam hati, dan mohon doa yang ibu aku lafaz melalui kata-katanya yang kedua sebelum aku bergerak dari rumah tadi dimakbulkan. Aku kumpulan kan segala tenaga, dengan bertopang dua belah kaki di atas jalan raya, dengan sedaya upaya aku.. aku angkat menguja dengan satu lonjakan pada handle motor, arghhhhhhh akhirnya terkeluar dari longkang... tapi boleh kah enjin moto aku ni dihidupkan semula..

Allhamdulilah setelah start moto aku nak hendak memulakan perjalanan semula. Dua perkara yang bermain di fikiran aku, pertama tuhan belas secara tunai atas sikap kasar aku kepada ibu walau tanpa niat aku untuk mengasari dia. Kedua tuhan selamatkan aku atas makbulnya permohonan doa ibu aku terhadap aku supaya perjalanan aku diselamatkan.. aku melihat kebesaran mu ya Rahim.. Semuanya suatu misteri kehidupan.

Pakaian aku telah basah lencun, Aku masih bergerak perlahan dengan 1001 persoalan. Dengan keadaan basah, hati aku mula berbelah bahagi, sama ada aku nak menunaikan janji aku untuk mengeteh bersama fir & aza atau aku boleh singgah tidur, di rumah bapa saudara aku yang ada di hujung penurun bukit tangga itu (kg pantai) dan kemudian membatalkan janji melalui telefon . Fikiran itu terus bebelah bahagi sehingga aku sampai ke kg pantai hujan pun telah berhenti, aku teringat ayat ‘qul a’uzubirabinas’ yang mengajar supaya menghindari was-was. Lalu aku bulatkan tekad untuk terus ke Sendayan bersama fir & aza , yang akhirnya aku beroleh rahmat mu ya rahim dalam usaha-usaha memperkatakan mu.

Nanti ada masa sambung lagi,,



Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter




No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...