Puisi Merdeka

Aku Pernah bersama pasukkan yang menang perbarisan no 3 dari keseluruhan, Kumpulan Perbarisan Merdeka Felda pada kemerdekaan yang ke 50 hari ini dah Kemerdekaan yang ke 65, rindu nak sertai kawat merdeka lagi dan lagi.

Menang tempat ke 3, klik untuk melihat  --> sekeping dua gambar kenangan 


Hasil Nukilan aku

NEGARA

bermula
di mandi kan lahir
dibedakkan wajah comel
sekiranya perempuan bak serikandi
sekiranya lelaki bak perwira
mendukung maruah diri
ingin dewasa
hari itu kau dikuasai dia
seluruh tubuh bersedih
tercalar kulit terbuka luka
menitik darah kecundang
terjun kebumi kembali keasalnya..
menangis kecil kelaparan
mengigil terperosok gadis ketakutan
mengerang jejaka jasad terdampar
dipersada ini perut di ikat ubi
badan berpakai capik
kaki pasti jarang berlapik
belengu kebebasan
bukan lah bersendirian
tertangung kepedihan itu
seluruh kifayah merasa
pemulihan dari kepayahan
bukan perjuangan individu
menegakkan merdeka dari cengkaman
bukan sekadar ibunda
bukan hanya ayahanda melindungi
tapi selagi bernama jiwa
hari ini
aku banga sebut nama mu negara
mungkinkah aku
tidak terbeban aku dengan remaja mu
tiada bersusah payah aku dalam dewasa mu kini
tapi biarlah
rekahan luka itu biar nampak berparut
agar tak siapa melupakan
diketika menikmati tulisan ini
bahawa kita pernah dilukaiii....
"AlifLamYerFer



Tuesday, September 4, 2007

Kekasih Jiwa Merdeka

Engkau kah pahlawan
Memperjuangkan demi kemerdekaan itu

Heiii Engkau
Kau tak tahu pun erti kemerdekaan
Kau tak tahu pun erti kawat semboyan
Kau tidak tahun pun erti lintas langsung
Kenderaan alteleri tersergam gagah
Pahlawan merdeka perkasa menyusun langkah
Kau tidak mendegar pun derapan sepatu
Iramanya cukup untuk membakar semangat bersatu.
Kerana engkau telah gugur
Sebelum bebas menghurai penjajahan

Ketika seketika itu
Mana wajaran hidup mu
Mana senyum mana tawa mu
Mana kesenangan yang terhampar untuk mu
Mana ketenangan kebahagian mengisi masa lapang kau
Semua tidak kau kecapi

Yang hakikat sahutan alam
watak derita sengsara bersulam
Wajah kusam senyum tawar
tawa mu pada kemenangan
kejayaan di hari ini mencagar nyawa seribu jiwa
Senang mu bertatahkan senjata
Ketenangan mu ketenangan abadi

Entah dimana kuburnya
Biar pun kubur mu tidak bernesan
Biar kan berlalu masa menelan alam
Namun aku tegar memberi ingatan
Penikmat kemerdekaan ingatlah
Kebebasan yang kita nikmati
bersandarkan darah gagah
berhamburan terpancut melimpah
penat lelahnya semua demi maruah

Ya! semua sipulan yang aku engkau kan
Gugur mu sebelum merdeka
Perjuangan mu jelas satu
Demi Negara kau dan aku
Memang wira ku kau pahlawan sejati
Nyawa mu engkau cagarkan??
Tidak engkau takut dengan maut??
Tidak engkau gentar dengan senjata yang bakal menusuk??
Aku pinta pada mu ya tuhan
Tetapkan lah kami dengan satu rasa
hadirkan satu kekuatan jiwa yang sama
Agar aku mampu beralih di tempat pejuang jika dipinta.

Rasa itu mengecilkan jasad ku
Rasa itu menghela sedih ku
Rasa itu melonjak kan tangis ku
Longlai kaki melangkah demi 50 tahun
Sesungguhnya aku berasa tidak layak
Mengambil ruang ini mengantikan tempat jasad mu
Yang sepautnya hadir di perbarisan disini
Demi meraikan hasil dari kemerdekaan
Demi darah yang telah engkau tumpahkan
Demi penderitaan yang keluarga engkau tangiskan..
Tapi cukup lah dengan jiwa raga mu itu
Buat inspirasi menunaikan tangungjawab kami
Demi negara dan bangsa yang engkau perjuangkan..

Di langkah hari perbarisan itu
Kesedaran ini mengamit rasa
Sepontan ku kamit mulut membaca
Aku kalungkan selafas fatihah
Bersemadi lah kekasih ku
Bersemadilah wira Negara ku
Pasti tidak akan aku abaikan lelah mu itu..

Oleh :- AlifLamYerFer



Dirumah Pejuang Kemerdekaan

Takala raptai kali kedua
Hati aku tersentuh pilu
Rasa terharu dengan semangat yang jitu
Sedih kerana perjuang kemerdekaan sebenar
Tidak dapat sebaris mengatur langkah seiringan
Mereka tidak hadir kerana terkorban di perjuangan
Atau mereka tidak dijemput
Kerana tak siapa mengetahui

Baru sehari selepas merdeka
Di rumah pejuang itu aku hadir
Dia ceritakan seribu perasaan merdeka

Pejuang kemerdekaan gagah perwira
Tanpa silu dengan berkata bangga
Airmata tidak tertahan
mendengar lagu patriotik negara
Bukan kerana ia tidak dikenang
Tetapi kerana bertapa penderitan itu
Rasa baru semalam diratapi

perjuang kemerdekaan itu masih gagah bernyawa
tiada puisi bertajuk dimana pusaranya
tiada puitis bertulis pusara tanpa nesan
tapi ia tidak pernah diingati
atas perjuangan nya yang iklas
yang tidak pernah pinta di balas.


Jasa pejuang kemerdekaan itu bukan sedikit
Kudrat juangnya tak pernah susut
Jasad tidak dimamah usia itu
Memeperlihatkan kepahlawanan bukan kepalang
Atas dokongan tauhid
Usul dan kias di ungkai
makrifat dipakai

Ustaz Sapiee Wahab
Kau pejuang kemerdekaan

Oleh :- AlifLamYerFer


Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter



No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...