Selamat Hari Guru 2011
Ibu kau guru pertama
sejak aku di alam rahim
Ayah kau guru terulung
azan pertama mu di telinga
kanan
Qamat pertama mu di telinga
kiri
nyatalah aku anak lelaki, wira hati mu
menitip satu persatu kepada ku
erti kehidupan
sedikit demi sedikit bangkit
lalu membukit
mewarisi perjuangan mu
susu itu pelajaran pertama
garam itu pelajaran kedua
asam itu juga pelajaran
manis itu juga pelajaran
pahit itu juga pelajaran
belajar tentang nikmat.
satu perjalanan kehidupan
mulianya guru
Menangis itu pelajaran pertama
ketawa itu pelajaran kedua
bertatih itu pelajaran
seterusnya
berkata dan bertanya
berjalan dan berlari
terima kasih guru
memberi tanpa jemu
menangis ku kau pujuk
gembira ku kau suka
salah ku di denda
untuk satu petunjuk
laluan yang lurus
walau berliku
pesanan ayah dan ibu
pasti tersemat tidak dapat aku
lupa
hidup biar ikhlas
terima kasih guru
cahaya itu tidak mampu ku
balas
Guru
dunia kata mu
satu kehidupan
perlu dibentuk
perlu di majukan
dengan ilmu dan kasih ayang
dinamakan peradaban
jangan dihancurkan tamadun itu
dengan rasa kebencian
terima kasih guru
pesan mu ku semadi biar abadi
Guru kau ajarkan
alif mula mengenal kalam
Al Quran cahaya menunjuk jalan
kau huraikan hadis itu
bakar kan diri mu
siang dah tentu siang
malam pun ibarat siang
aliran ilmu kepada kami
dengan konsep kasih ayang
untuk kehidupan kekal
selepas alam pinjaman
guru
murni Mu
Harum Mu
mulia mu
pengabdian mu
tak mampu aku balas
selain rahmat mu
pencipta
sebagai kalungan sejahtera
setiap bernama guru
dalam perjalanan hidup aku
SELAMAT HARI GURU
AlifLamYerFer
16 Mei 2011
Hari Guru 2015
Pagi tadi call cikgu aku..ucap
selamat hari guru.. hati aku terlalu gembira atas perjuangan guru...sebak hati
tetiba datang tika aku dengarkan suaranya di telinga aku.. air mata aku
melimpah tak dapat aku tahan... aku melafazkan ucap kata Selamat hari guru
dalam tangisan... mod terusik jiwa atas kasih sayang
Dia bertemu dan belajar dengan tuan guru Adi Martopo guru seni pertahankan diri yang tersohor di indonisia. Dia juga jadi rujukkan Adi dalam bab tauhid Dia pergi ke tanah suci mekah hanya berbekal duit 50 sen menaiki kapal laut.
Dia pernah mengetuai kumpulan gang di singapura sekitar tahun 60an.. mengenal kefanaan dunia mencari dunia ..dia lebih dikenali sebagai kiyai al rahman muhamad di singapura tahun 60an
Dia ibarat lilin yang sentiasa menerangi kegelapan. Dia perjuang kemerdekaan, dia pejuang seni, dia pejuang bangsa, dia pejuang kemerdekaan dia pejuang agama Islam. Dia penuh dengan kasih sayang.
DIA yang saya maksudkan adalah Ustaz Sapie bin Wahab. Sejahtera untuk abang pie sekeluarga, Aamin SELAMAT HARI GURU
Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur, setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat
kok ditengok pandang nan jauh pandang jauh di layangkan Kok di tengok tanah nan dokek Pandangan dokek ditukekkan
DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini) Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)









No comments:
Post a Comment