Sambutan Hari Peneroka

Selamat Hari Peneroka buat Ayah.. (Arwah Mohd Shah bin Taib)

by Faz Lie on Thursday, July 7, 2011 at 2;11pm



Aku lahir di Selangor sebagai anak seorang tentera wataniah, dua bulan selepas aku lahir, peristiwa hitam yang begitu penting tercatat dalam sejarah di Malaysia adalah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah akibat tebalnya semangat perkauman. Sebenarnya aku tidak merasai suasana pahit getir suasana diketika itu, kerana aku belum diberi akal yang sempurna. Tapi aku faham, cuba faham betapa susahnya kedua-dua ibu bapa aku nak menjaga keselamatan aku, nak pastikan aku selamat pada ketika itu.

Aku pindah ke Felda bersama keluarga ketika berumur enam tahun pada tahun 1975. Bergerak dari tempat asal bapa aku dari kampung baru, Pantai Seremban dengan trak tentera Darat Diraja Malaysa. Perkampungan itu ditinggalkan dengan penuh kesayuan, dengan tekat ayah yang bulat. Ayah aku meneruskan satu perjuangan hidup keluarga demi keluarga dan anak-anak. Perjuangan seorang peneroka untuk dirinya sendiri, keluarga, bangsa, negeri dan tanah air. 

Bila sampai di sini pada 1975, kelihatan rumah papan yang terlalu sederhana dikelilingi lalang yang begitu tebal. Rumah yang elok sikit daripada pondok berdinding buluh atau bertam. Pada usia 6 tahun tiada apa yang aku mengerti tentang kehidupan. Tapi aku percaya ia permulaan kehidupan yang perit . Aku melihat ayah menebas lalang yang tebal, memerun lalang kering yang telah dikumpulkan, mencangkul setiap inci tanah di sekeliling rumah, membuang akar-akar lalang yang berserabut dan serba serbi kerja pembersihan. Ibu yang sentiasa menyelia anak-anak, juga sama membantu ayah untuk menyediakan tempat yang selesa secepat mungkin.


Tahun yang pertama sehingga tahun menunggu untuk ladang berhasil, adalah zaman yang penuh pahit getir. Ayah mengambil upah meracun dengan kontraktor perladangan untuk menampung keperluan harian. Bantuan dari Kantin Felda (PNF) sekadar menampung keperluan asas seperti beras sehingga cukup bulan. Dalam menyara enam sekeluarga dengan bebanan belanja persekolahan ada kalanya terlepas juga daripada makan beras sebagai makan harian. Terpaksa lah juga merasa makan tepung, ubi kayu, keledek yang ditanam di sekeliling rumah. Kekhilafan sekeluarga begini tidak pernah menjadi buah mulut kepada masyarakat tetapi masyarakat sekeliling amat faham akan suasana ini, kerana masing-masing punyai pengalaman yang sama.

Ayah & ibu dua orang insan Peneroka yang sangat tabah. Dalam perjalanan menuju kejayaan ada kala kakinya terpijak juga duri, tersandung langkahnya jatuh rebah menyembam tanah. Tapi mereka tidak pernah putus asa untuk cuba bangun semula dan berdiri. Segala kesakitan disimpan dan di sorok dari pengetahuan anak-anak kerana tidak mahu anak mereka yang merdeka merasa akan kepedihan kehidupan. Aku melihat lakonan kehidupan ayah & ibu Peneroka itu dan tak mungkin terlupa akan kesahnya.

Terima kasih ayah & ibu pengorbanan sebagai keluarga Peneroka itu rupa-rupanya tersangat mulia, hari ini kejayaan itu bukan sahaja untuk kejayaan anak-anak mu, tetapi menyumbang juga kepada kejayaan negara. Setiap inci pengorbanan itu, tidak mampu aku balas. Hanya mampu aku ucapkan SELAMAT HARI PENEROKA, sejahtera lah selamanya kekal abadi.

faz lie 1.15 pm 07 Julai 2011

Moga dicucuri sebesar rahmat atas roh ayahnda Mohd Shah Taib


Puisi




Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)
Satu Hari Bernama Aku (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter

No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...