Perasaan di Hanida Jepun



Hari yang di tetapkan tiba juga, mulakan dengan Bismillah. Penerbangan selama 7 jam aku tidak lah bosan sangat, sebab sebelah aku ada rakan baru dari Malaysia, nak mendaki Fuji secara solo. Kami bersembang sepanjang penerbangan dari satu tajuk ke satu tajuk, sembang kosong aje. 


Mula sampai di jepun aku rasa harmoni, aku rasa bandar raya yang bersih, aku raya bandar raya berteknologi tinggi, Khidmat wifi yang laju disediakan secara percuma. aku melihat satu negara yang tidak memerlukan khidmat warga negara lain untuk buat kerja-kerja membersihkan lantai atau tingkap. Tukang cuci lantainya sangat membantu, semasa pertama kali kumpulan kami mencari arah laluan ke kedai menjual makanan, sangat menghormati insan lain. Terdetik rasa nak tinggal lama sikit kat sini, hanya di angan-angan. Begitu lah pertemuan pertama kali dengan negara jepun, sangat mempengaruhi jiwa aku.


GAMBAR  (ß Klik Sini)
Perjalanan ke Kawaguchiko

Kumpulan kami mula bergerak dari Lapangan Terbang Haneda Tokyo Jepun menuju ke Kawaguchiko. Perjalanan dengan bas mengambil masa 5 jam. Bas di jepun ni ada tali pinggang keledar di setiap kerusi penumpang. Perkhidmatan wifi di sediakan secara percuma di dalam bas. Sepanjangan perjalanan nak keluar dari bandar memang sesak (jem) serupa macam kat KL juga lebih kurang. Tapi tak nampak pun kereta parkir di sepanjang bangunan sepanjang bandar, suatu perkara lagi, yang menarik dalam fikiran.

Bila melepasi bandar, pemandangan sepanjang jalan seperti melalui karak higway aje bagi aku. Pemandangan hijau bukit bukau dan banjaran yang tinggi, sekali sekala ada nampak penempatan mungkin perkampungan. Bezanya lebih banyak terowong membelah bukit di sini. Dan ada satu pemandangan yang susah lak aku nak komen, tengok aje lah gambar ni, komen sendiri J. Jalan raya berselirat di tengah-tengah lembah, pemandangan dari atas bas, jalan raya kami lalui ini berada teratas rangkaian higway yang berselirat di tengah lembah.


GAMBAR  (ß Klik Sini)




































Fast Link :

Aku Kah ini (ß Klik Sini)
  DuniaMotorsikal (ß Klik Sini)
Mount FujiJepun (ß Klik Sini)
Reunion 50Tahun SKBRU (ß Klik Sini)
Mount CookNational Park, New Zealand (ß Klik Sini)
GTROC Gathering 07 Kuala Terengganu 2020 (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Rinjani (ß Klik Sini)
Boheydulang Semporna (ß Klik Sini)
Pendakian Gunung Tahan  (ß Klik Sini)
Sifat Dua Puluh (ß Klik Sini)

Bilangan Pelawat di blog ini :- 

free counter


No comments:

Post a Comment

Belajar Tauhid

 Bolehkah belajar melalui media masa ke? ini hujah oleh Ustaz Iswardi Awal-awal bertauhid mengenalkan asal usul diri ( Ceramah oleh Ustaz Is...